Pengalaman Makan di Seoul Garden

Hai,

Pengalaman Makan di Seoul Garden 

Wehh!! bagi peminat steamboat atau suka kan masakan jenis sup elok sangat anda pergi Seoul Garden

Thanks akak tudung pink belanjerr dan akak baju bunga teman skali haha

Saya pun sebelum ni tak pernah jejak kaki ke Seoul Garden memandangkan ia nampak seperti sebuah restoran makanan mewah hahahaha, lepas dah cuba dan makan baru lah terpikat hati

Mengetengahkan makanan berkonsepkan celur, grill dan rebus membuatkan pelanggan tidak putus - putus mengunjungi premis tersebut. Bahkan, kalau datang bersama-sama keluar lagi meriah. 

Boleh juga nak buat makan besar atau majlis keraian bersama keluarga. Boleh request nak meja biasa atau bilik untuk family .. sangat meriah !

Dari segi layanan semua ok, sup habis boleh minta lagi. Pastu kalau nk pilih meja boleh je minta pelayan carikan

Jenis Lauk Pauk/Pencuci Mulut/Air

Seoul Garden juga diiktiraf halal dan premis tersebut dipantau pihak terbabit. Saya rasa tidak was-was untuk menjamu selera. Pelbagai jenis lauk yang boleh anda pilih seperti kambing perap, ayam perap yang dah dihiris nipis, udang, sotong dan macam-macam lagi. Ketam pun ada. Semua ni boleh pick sendiri dan dibawa kemeja makan anda. Best kan?

Boleh makan seberapa banyak sampai kenyang. Air pula ada banyak pilihan seperti jus buah dan juga pencuci mulut yang saya sempat rasa aiskrim. ABC pun ada. Semua ni anda ambil dan buat sendiri

Bukan stakat lauk dan pencuci mulut, terdapat banyak juga pilihan sayur sayuran . Bagi peminat sayur jangan lupa ambil portion ini ..

Harga Sesuai
Credit to Zomato

Harga ikut pakej dan masa. Hari biasa dan hujung minggu sedikit berbeza. Harga adalah sekali bayar dan anda bebas nak tambah makanan seberapa kerap. One time payment then pilih meja.

Rating/Cadangan
  • Meja makan ok, ada siap grill pot
  • Staff pun ok, tak sombong
  • Makanan semua sedap
  • Layanan pun mesra
  • Rasa terbaik
  • Suasana agak hingar bingar dek orang ramai
Sos ni pun sedap, ada banyak lagi pilihan. Bukan ni je - Credit FB Seoul Garden Malaysia

Pelbagai pilihan lauk mentah siap perap . Skali bayar anda boleh makan ini tak kisah. 
Berbaloi kann ??- Credit FB Seoul Garden Malaysia

Suasana atas meja, dah habis makan dah, jom kira pinggan!


Bagi mereka yang ingin mencuba makan di Seoul Garden, ajak lah kawan-kawan anda skali pasti meriah haha

1 comment:


  1. Blog yang menarik, mengingatkan saya akan Seoul, di Myeongdong Malam Hari, di tengah padatnya ruas-ruas jalan di Myeongdong, gerobak-gerobak makanan berbaris di antara hotel-hotel, took-toko kecantikan, restoran , café dan kelab malam.
    Saya mencobe menulis blog tentang Seoil, semoga anda juga suka: http://stenote-berkata.blogspot.com/2019/11/seoul-di-myeongdong-malam-hari.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023