Kuih Lapis Tepung Beras Buat Sendiri

Waktu cuti datang lagi! Kalau masa cuti ni lah kita rajin skit nak cari resepi untuk dibuat. Resepi kita yang mudah-mudah je sebab nak cepattt. Lagi cepat masak, lagi cepat boleh makan. Hahaha . Dapat idea ni haa, Kuih Lapis

Tengok orang jual kat pasar minggu tak terfikir nak buat sendiri . Mungkin malas nak buat satu lapis demi lapis sehingga siap. Tapi, sebelum ni saya jenis tak amik kisah camne nak buat kuih lapis ni . So, kita tau makan je la

Rupanya, nak buat kuih lapis versi mudah ni tidak terlalu cerewet sangat nak cari bahan-bahan mentah. Siapa suka makan kuih lapis dan berhajat untuk buat sendiri dari rumah boleh ikut resepi yang saya dah cuba ni, Kuih Lapis Tepung Beras Homemade!!


Ok, ini rupa dia.. Gebu, lembut dan sesuai untuk budak-budak

Bahan-bahan yang perlu ada ialah :
  • 2 cawan tepung beras, cawan pendek ye yang org buat minum teh/kopi
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan santan 
  • 3 cawan air masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh garam kasi ada rasa lemak2 gituu

1. Cara nak buat, mudah je uolss campurkan semua bahan diatas satu persatu sambil kacau rata dan bagi dia sebati semua

Saya guna warna merah jambu sirap ros


Warna asal tepung, putih yaa

2. Lepas tu, adunan tu kena bahagi 2 . Satu tu biarkan warna putih dan satu lagi nak letak sirap ros pun boleh. Warna atas pilihan masing-masing

3. Panaskan pengukus then letak loyang yang dioleskan dengan minyak skittt jerrr

4. Bahagian pertama, letak warna putih. Jangan tebal sangat. 2 senduk pun dah ok

5. Biarkan 7 minit - 10 minit , permukaan dah keras anda letak lagi adunan warna lain atas tu dan ulang step ini sampai adunan tu habis

Proses mengukus lapisan terakhir

6. Last, biarkan 20 minit kira-kira begitu untuk bagi masa adunan masak sekata....

Sekian resepi mudah kuih lapis gaya dirumah makan-makan sendiri haha. Jangan lupa ye hulur lah skit kat jiran sebelah baru ada mood memasak tu rajin tiberr.. Selamat mencuba yer. Terima kasih

2 comments:

  1. Wow nampak sedap tp nk buatnye xde kudrat nk menunggu..bole tuan badan blog buatkan ckit utk sy..����

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023