Review Wardah Sunscreen | Wardah UV Shield Essential Sunscreen | WARDAH BEAUTY

 Hi,

Siapa disini sukar nak pilih sunscreen? Walaupun kita ada kulit berminyak dan berjerawat lebih-lebih lagi, pemakaian krim pelindung matahari amatlahh disyorkan. Ada orang kata kulit kita ni kena pakai sunscreen sebab nak lindungi kulit dari pancaran matahari. 

Bagi saya la, pelindung matahari (sunscreen) ni penting selepas kita apply segala jenis produk penjagaan wajah

Kalau tak pakai suncreen, acanerr produk ni nak berfungsi dengan baik dek kerana terkena pancaran matahari ketika kita berada di luar rumah. Saya dah cuba Wardah UV Shield Essential Sunscreen memang best sangat!

Wardah UV Shield Essential Sunscreen SPF30 PA++

Mengikut pendapat Dr Garshick, dia menjelaskan bahawa pendedahan kulit terhadap sinaran UV akan  merosakkan skin barrier dan menyebabkan jerawat mengering, seterusnya membawa kepada peningkatan pengeluaran minyak. 

Minyak berlebihan terhasil ini boleh mengakibatkan lebih banyak jerawat terbentuk di bahagian bawah kulit. Dalam memelihara kesihatan kulit, uols kena pilih produk sunscreen yang ada SPF

Mungkin rata-rata kulit asia ni tak lari dari tumbuh jerawat sama ada sikit atau banyak mahupun teruk atau sebaliknya. Biasanya selepas jerawat dah kecut, masalah kedua adalah keradangan dan kemerah-merahan yang mengambil masa agak lama untuk dibaikpulih. 

Perubahan warna kulit dan parut jerawat, juga dikenali sebagai hiperpigmentasi selepas keradangan, adalah kesan selepas bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat

Secara logiknya, sunscreen adalah wajib pakai supaya masalah ini tidak menjadi lebih teruk ya gaizz. Nak parut cepat pudar pun amat disyorkan juga pakai sunscreen. Jika anda mempunyai kulit berjerawat, pastikan anda memilih krim pelindung matahari yang ringan dan tidak berminyak. 

Gunakan sunscreen 15-30 minit sebelum keluar rumah ya. Biar sunscreen tu blend dengan kulit kita dulu dan membentuk perlindungan sebelum anda keluar jejalan. Manfaat sunscreen memerlukan selang masa 15-30 minit supaya sunscreen benar-benar bekerja melindungi kulit

Skin Suitability: Kat kotak di tulis semua jenis kulit. Saya oily skin je. Sesuai juga

Absorption: Sangat cepat menyerap wehh. Tekstur sgt ringan! Tak melekit langsung sumpah

Saya pakai 2x sehari selepas selesai pakai skincare. iaitu pagi dan petang. Dalam beberapa minit je, kesemua krim pelindung matahari ni menyerap ke dalam kulit. Kulit lebih rasa ringan dan bercahaya hehe

Cubalah, harga pun tak mahal di Guardian tu okay! Kalau ada promosi, boleh pulun banyak-banyak..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023