Tepung Kek Segera Noraini's || Kek Pisang Moist

 Hi,

Petang mcm ni uolls buat apa? Kalau ada kuih-kuih kan bestt makan dengan air kopi pahit-pahit kelat. Kopi pure hitam tu baru lah best hehe.. Eh, skrg kalau nak buat kuih boleh guna tepung segera dah. Jenama Noraini's ni dah lama tau dalam pasaran. Baru tergerak hati nak mencuba.. 

Ingatkan ada 1 perisa je, rupanya ada banyak. Rambang mata kalau nak pilih, so boleh la beli semua dan buat 1 hari 1 kek. Saya prefer kek pisang. Guna tepung kek segera ni je, balik drumah add on beberapa bahan then kacau-kacau pastu boleh kukus

Kawan saya kata ada jual di EcoShop. Saya trus spot check ternyata ada. Boleh laaaaa beli he3x

Kalau guna tepung bancuhan segera ni memudahkan banyak kerja kita.. Ye dak?? Boleh dikatakan semua lengkap dalam satu pek jerrr. Lagipun kita takde lah kena keluar cari satu per satu bahan-bahan asas untuk sebiji kek.. Jimat & mampu milik sangat

Kek Pisang ni sedap, nak nak pula kalau kita letak fresh pisang tu.. Ada la juga membangkit aroma kek pisang. Hiasan pisang potong atas kek  yang mempesona membuatkan seseorang tak sabar nak makan.. Bau pun jiran sebelah boleh hidu hehehe


Pek 150gm kek pisang. Kalau dah masak ni lebihh je 150gm. Nanti kena tambah telur, air dan minyak serta beberapa biji pisang

Gaiss, takperlu pening kepala.. Bancuhan tepung kek segera ni dah ada cara-cara membuatnya dibelakang pek.  Dari langkah satu sehingga lah akhir semua Noraini's dah tulis.. Dua tiga langkah je dah siap.. Tak rumit lah, guna apa yang ada didapur jer gaiss

#1: Mudah

Ya. betul.. untuk membuat nya sangat mudah.. Anak-anak pun boleh tolong mix dan bake. Nak ajar anak-anak dirumah buat kek kann mudah je.. Guna premix tepung segera anak-anak tak kira dewasa mahupun kecil mesti suka sangat nak tolong mak kat dapur. Untuk pemula, tepung kek premix ni sesuai juga bagi mereka yang berminat menceburkan diri dalam dunia masakan didapur sendiri

Adunan donut pun ada. 200gm.. bnyk ckit drp tepung kek..ada lebihan 50gm..Yang ni saya belum cuba lagi

#2: Tersangat mampu dimiliki

Jauh lebih murah tau. Untuk anggaran sebiji kek dengan berat yang tepat serta harga tak mahal. Untuk harga nya pula. biasanya premix tepung kek segera ni tidak mahal sangat. Ok ok saja harga. Macam tepung kek Noraini's ni RM2.10 je uolss... 150gm... Lagipun ia berbaloi dan mampu dimiliki oleh sesiapa saja. 

Sesiapa yang suka pancake, disyorkan mencuba tepung segera ni... Pasti asyikkk

nk yang jenis ala-ala korea pun ada. ini pancake ya. boleh la nak makan bersantai-santai dengan keluarga


#3: Rasa

Dari segi rasa pula tak banyak beza nyaa. Masih mengekalkan identiti sendiri. Contohnya, kalau premix kek coklat ofcoz ada rasa coklat, kek pisang sudah tentu bau dan rasa pisang. Dengan harga yang murah pun kita dapat kekalkan rasa asli kek.

ini kek pisang yang siap kita dah kukos. naik cantik elok je. hehe .. 

ini pula kek coklat moist hasil tepung segera Noraini's juga

Kalau ada kekawan nak datang rumah, ini je lahh jalan cepat nak buat hidangan untuk mereka. Alaaaa, kek ni asalkan sedap je.. Orang bukan tau kita beli kerr buat kalau tak bagitau ha3x

ada yang suka apam balik?? ni pun ada gaiss... Musim PKP pasar malam tak buka, boleh beli tepung ni dan buat dirumah saja

Itu jer lah pengalaman saya guna tepung kek Noraini's ni. Walaupun Noraini's tak bayar saya, saya sudi lah share hasil guna produk company nya. Untuk kek yang sedap, boleh je guna ya!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023