AIKEN Moisturizer Berwajah Baru | AIKEN Pelembab Muka Berjerawat & Berminyak

 Hi,

Pelembab AIKEN dah nak habis.. jadinya saya ke Guardian untuk membeli stok baru... Mula-mula tengok tu tak perasan sangat packaging baru. Ye lahh kannn masih kotak tu warna putih dan hijau. Bila zoomm dekat ahaaaa baru saya perasan packaging nya dah berubah

Untuk anda yang pernah pakai Aiken TTO Moisturizer ni mesti dah dapat kan edisi baru? Yang bestnyaa edisi baru ni ditambah dgn Salicylic Acid untuk meredakan pembentukan jerawat serta menghapuskan bekas-bekas noda hitam akibat jerawat. Mungkin begitu laa maksudnya ye kan? hehe

Aiken TTO Moisturizer yang ni saya dah pakai lama memandangkan kulit muka saya nii ada jerawat, dan juga jerawat yang meninggal pastu lekat parut serta bahagian kulit muka berminyak.. tu ahh yang serasi malas nak tukar jenama lain

Once dah habis kita repeat beli dan terus pakai. Calit-calit nipis je selepas pakai toner. Saya guna 2x sehari selepas cuci muka apa semua tu then apply pelembab ni.. Untuk formulasi baru ni baru je nak cuba bulan ni..


Kalau tengok betul-betul lah, formulasi ni tak ubah banyak pun. Just dia tambah Salicylic acid je. Masih ok lagi nak pakai harian kan. Memang paduu laa untuk sesiapa ada kulit berjerawat ringan. Kalau jerawat besar besar sampai bernanah-nanah teruk tu saya tak tau laa.. Kena tanya pakar kulit yaa gaizz

Aiken TTO Moisturizer ni yang bestnyaa dia bukan cream yang kesat tu.. Aiken TTO Moisturizer adalah seperti watery-gel yang mudah disapu pada kulit muka dan mudah diratakan dengan jari anda jer.. Orang kata untuk kulit berminyak kena amik pelembab yang jenis lembut berbentuk gel gituu


Satu bekas ni 75ml. saya suka jenis bekas camni. Mudah nampak nak habiss bila-bila... senang la kita bajet masa nak pergi beli ye. Nak bawa travel pun mudah jer. Walaupon bekas dia sedang cantik elokkk boleh tahan jugaa sebulan lebihhh camtu saya pakai.. Takperlu calit banyak nanti cepat habis


Untuk 1 box ni harga pasaran dalam 15 hengget lebih camtu. tapiii kalau ada promo kat watson atau guardian boleh dapat lagi murah.. Masa promosi tu anda balun laa banyak-banyak simpan buat stok.. Beli yang tarikh luput lamaa lagi gittuh~ so, bekalan uolss sentiasa ada laa nak pakai once dah habis

Versi baru sebelah kiri dan kotak lama sebelah kanan. Ada nampak perbezaan tak? Tengok lahh tu gambar saya letak tu

Siapa dah cuba yang versi baru ni? Komen la dibawah, share pengalaman yaa :)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023