Emosi Pelanggan Mempengaruhi Jualan Ke ?

Teknik Emosi : Mainkan emosi si pembaca sepenuhnya.

Teknik kali ini  adalah sentiasa mencari ayat yang mampu menyentuh emosi si pembaca. Katakan anda sedang menjual sebuah kereta. Apa yang patut anda tumpukan ketika menulis ayat jualan adalah menulis sesuatu yang boleh membawa si pembaca untuk membeli kereta yang anda jual.

p/s : Gambar hiasan, ihsan pakcik Google
  • Jangan lakukan perkara di bawah :

Miliki kereta yang di lengkapi dengan engin bertaraf dunia dan termaju di abad ini.

  • Lakukan perkara di bawah:

Bawa teman wanita anda berjalan-jalan dengan kereta yang cantik dan canggih.

Tips Pemasaran : Apakah disebalik Up-selling dan Down-selling ?

Secara ringkasnya, penjualan beretika bermaksud menjual dengan prinsip yang betul. Anda menjual dengan cara yang tiada siapa rasa rugi. Walaupun pelanggan membayar anda, pastikan bahawa mereka tidak membayar lebih dari nilai produk anda. Anda tidak mengenakan harga yang berlebihan. Anda hantar apa yang mereka harapkan. Jika anda memupuk semua prinsip ini, anda adalah penjual beretika.

Tetapi anda perlu mempromosikan produk anda, bukan? Menjual secara terang-terangan tidak baik untuk anda, tetapi terdapat beberapa cara menjual yang lembut yang  mana anda boleh promosikan produk dan tidak seolah-olah terlalu mendesak juga. Konsep penting yang pertama yang datang ke fikiran ialah produk up-selling dan down-selling. Mari kita lihat apakah maksud kedua-dua itu. Kedua-duanya jatuh ke dalam istilah penjualan beretika.

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023