Tips Pemasaran : Apakah disebalik Up-selling dan Down-selling ?

Secara ringkasnya, penjualan beretika bermaksud menjual dengan prinsip yang betul. Anda menjual dengan cara yang tiada siapa rasa rugi. Walaupun pelanggan membayar anda, pastikan bahawa mereka tidak membayar lebih dari nilai produk anda. Anda tidak mengenakan harga yang berlebihan. Anda hantar apa yang mereka harapkan. Jika anda memupuk semua prinsip ini, anda adalah penjual beretika.

Tetapi anda perlu mempromosikan produk anda, bukan? Menjual secara terang-terangan tidak baik untuk anda, tetapi terdapat beberapa cara menjual yang lembut yang  mana anda boleh promosikan produk dan tidak seolah-olah terlalu mendesak juga. Konsep penting yang pertama yang datang ke fikiran ialah produk up-selling dan down-selling. Mari kita lihat apakah maksud kedua-dua itu. Kedua-duanya jatuh ke dalam istilah penjualan beretika.


Up-selling

Up-selling ialah apabila anda pergi membeli produk dan penjual memberitahu anda untuk memilih upgrade atau pilih produk tambahan yang mungkin melengkapkan apa yang anda telah beli. Seperti, jika sesorang membeli aplikasi perisian, anda boleh tanya  mereka kalau-kalau hendak muat turun juga eBook yang mana merupakan tutorial bagaimana menggunakan produk itu.

Sekarang, mengapakah ia adalah penjualan beretika? Tentulah, kerana orang yang telah membeli perisian itu mungkin benar-banar keliru tentang menggunakannya atau mungkin tidak dapat menyedari potensi penuhnya, eBook itu mungkin benar-benar berguna kepada pelanggan. Anda boleh gunakan situasi ini kepada senario lain dan lihat. Di panggung wayang, apabila anda memilih bertih jagung, mereka tanya anda untuk beli Coke pada harga diskaun. Inilah up-selling dan ia memang berkesan. Anda mungkin membeli Coke itu pada kemudian waktu tetapi harganya lebih tinggi.

Apabila anda melakukan up-sell kepada pelanggan, pastikan bahawa anda up-sell sesuatu yang meningkatkan nilai barang yang mereka telah beli. Ini mengekalkannya di dalam bidang penjualan beretika.

Down-selling

Down-selling adalah cuba menjual sesuatu kepada seseorang yang hampir beredar keluar. Ini terjadi dalam dunia fizikal. Anda mula keluar daripada kedai dan pekedai beritahu anda yang dia akan mengurangkan harga. Dalam dunia Internet, semasa anda cuba beredar dari laman-laman web tertentu, satu popup tiba-tiba muncul yang memberitahu anda mereka bersedia memberikan produk itu kepada anda pada harga yang kurang.


Sukar bercakap tentang down-selling dengan gaya beretika yang sama yang kita guna untuk up-selling. Tetapi ia boleh jadi beretika juga. Orang yang tidak teragak-agak mungkin dapatkan produk itu untuk harga yang kurang yang mana mereka boleh kembali semula kemudian untuk membeli pada harga yang lebih tinggi. Juga, jika orang itu tidak jelas tentang produk tersebut, mereka mungkin terlepas sesuatu yang sebenarnya berguna kepada mereka. Down-selling memastikan bahawa mereka membeli produk itu yang akan memberi sedikit nilai kepada mereka.

Sekian Terima kasih..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila komen. Sepatah pun ok. Tolong jaga etika komen anda. Komen yang sensitive akan dipadam tanpa NOTIS ^_^

Iklan Tajaan





Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | Tajaan Fiqmall.my