Farmasi Sebenar Dapur Anda ?


Apabila menghadapi penyakit ringan, ramai akan pergi ke farmasi untuk membeli ubat. Tapi tanpa diketahui ramai, farmasi yang sebenar ada di dalam rumah anda. Ia adalah dapur rumah anda. 

Mengapa kami berkata demikian? Mari kita lihat apa yang biasanya terdapat di dapur yang memiliki ciri-ciri penawar bagi keluarga sering masak di rumah (kurang makan di luar).

Halia
- membuang angin
- membersihkan saluran kencing
- sebagai anti-oksidan
- anti keradangan
- menjauhkan muntah-muntah di kalangan ibu mengandung 
- menghalang kanser
- menguatkan sistem imun

Rawat Jerawat Guna Madu

As Salam,

Pelbagai langkah awal diambil untuk megekalkan keaslian dan kecantikkan terutama kulit muka katakan. Almaklum, kalau jerawat bertempek pasti anda mencari solusinya. Tak der tempat lain ke jerawat nak naik kan?
Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi, mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.
Jadi, mengapa anda tidak menggunakan madu untuk rawatan jerawat. Cuba amalkan dahulu. Pasti sembuh atas izinNya. Kali ini, tips kesihatan membincangkan tentang khasiat dan peranan madu asli yang ada di pasaran Malaysia. Perlu diingatkan supaya mengambil madu jenis yang asli sahaja. Tiruan ? apa pun tak boleh. Hanya campuran gula sahaja. Pakai yang asli okey !


Cara menghilangkan jerawat dimuka dengan madu sahaja. Mungkin ramai dah tahu, madu asli banyak digunakan untuk kecantikkan kulit muka para wanita agar selalu kelihatan cantik, gebu, mulus tanpa sebutir jerawat. Pasti mahukan? Madu kali ini madu Acacia.


Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023