Berus Makeup Murah Pilihan Wanita

Salam Syawal,

Hari ni rajinnya nak bercerita pasal makeup korang orang perempuan. Tetiba nak tulis sebab saya ada tengok kat majlis kawin tu banyak gilerr dia guna berus makeup. Entah macam mana mak andam boleh ingat satu-satu dalam minda dia.. Maklumlah, orang dalam niches kecantikkan memangla tau semua pasal benda ni. Bukan takat berus makeup je u olss, bedak, concealer, blusher, eyeshadow dan banyak lagi. Tak sempat saya nak hafal semua.

Korang mesti nak torch up muka kasi cantik ? Menawan tertawan, shine bright like diamond kan. Tak dinafikan tanpa berus makeup yang sesuai sukar nak apply make up kat muka. Saya tak pakai makeup so saya tak tahu. Tengok orang bersolek tu ada lah :) Dalam beg makeup korang dah ada berus macam mana ? Soal berus kena ambil kisah juga. Solekan menawan untuk hari istimewa ~~ cehh macam iklan Simplysiti la pulak.


Berus makeup 24 jenis dari sini 

Untuk bermakeup memerlukan berus makeup asas seperti berikut :

BERUS BEDAK – Membolehkan pembentukkan kontur bersudut seperti di leher dan dada.  Amat sesuai untuk sebatian produk bedak padat.


BERUS PEMBENTUK PEMBAYANG MATA – Sesuai digunakan untuk sapuan pembayang mata dan shading.  Berusnya berbentuk empat segi yang padat tapi lembut membolehkan sapuan yang tepat dan juga penyebaran pembayangan mata.  Sesuai untuk pembayang mata jenis serbuk.


BERUS PEMBAYANG MATA – Untuk sapuandan juga sebatikan rona pembayang mata.  Ia juga sebatikan kombinasi dua rona pembayang mata.


BERUS PERAPI KENING – Mengaplikasi warna ke atas kening.  Diguna untuk memberi definisi.  Hujungnya tirus membolehkan sapuan secara halus.


BERUS GINCU – Amat sesuai untuk aplikasi produk berasaskan bahan berminyak.  Ia juga untuk calitan gincu dan pelembab bibir.  Mewarna bibir dengan mudah dan menyebar warna gincu dengan sekata.



PUTIK SPAN PEMBAYANG MATA – Untuk aplikasi bedak tabor, cairan dank rim.  Hujungnya berbentuk titisan air mata membolehkan cara kombinasi produk yang lembut terutama di bahagian kelopak mata.


SIKAT KENING DAN PERAPI – Untuk perapian bulu mata dan kening supaya kelihatan sempurna.

Tips Merancang Memborong Di China & Borong Di Taobao

Hai..

Mungkin ada dah tak sabar nak pergi ke negara tanah besar untuk memborong kan? Fikir masak-masak dulu, jgn sampai pergi sana pastu tak tau nak borong apa. Kebanyakkan orang macam ni la.. "Demam" nak borong semua benda. Kena ada strategi dahulu sebelum memborong. Dah fikr strategi anda? Buat sedikit kajian barang apa mendapat permintaan dan laris di pasaran Malaysia..

Bisnes Burger Menguntungkan

Makan burger sedap kan ? Tapi kalau beli dan orang belanja lagi sedap kan ? hihi. kat sini saya cuma mahu bagi tahu bahawa bisnes burger boleh menjana keuntungan lumayan. Tengok saja setiap hari pasti ada je warung-warung burger yang buka setiap malam. Kalau nak burger boleh tempah terus kat abang burger tu !


Cuba u olss pergi pasar malam, pasti akan ada gerai-gerai burger. Bahkan ramai penggemar-peggemar burger yang mengerumuni gerai abang-abang burger tu kan ? Walhal harga yang berpatutan antara RM2.50 sebiji sudah boleh anda makan makan burger sepuasnya. Bagi saya, burger daging menjadi pilihan terutama daging ayam. hihi. Rasanya yang enak empuk menambat lagi selera kan ? Jangan lupa taruk sikit sos lada hitam untuk menyerlahkan lagi aroma burger anda ye.


10 Topik Untuk Buat Duit Dengan Blog

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

10 Topik Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit ini akan menceritakan tentang topik atau niche blog yang sering digunakan oleh blogger untuk buat duit online. Saya dapati ramai yang mempunyai blog sekarang ni. Budak sekolah pun pandai buat blog. Kadang kala saya dapati blog budak-budak ni lebih cantik daripada blog Kerja Simple ni. Setiap orang ada matlamat tersendiri untuk buat blog. Tapi saya dapati ada dua matlamat utama iaitu sekadar untuk bersosial dengan rakan-rakan dan untuk buat duit online.

Untuk buat duit online, blog anda hendaklah mempunyai info-info yang berguna untuk dirujuk. Anda kena sedar bahawa kini orang lebih selesa mencari maklumat di internet berbanding bahan rujukan lain. Oleh itu, blog anda hendaklah menyediakan maklumat yang diperlukan oleh mereka. Mereka tak berminat untuk membaca kisah peribadi anda. kecuali anda seorang selebriti atau blogger terkenal. Jadi hari ni saya nak kongsi 10 Topik Blog Yang Boleh Buat Banyak Duit.

cc : theblogsteam

Perniagaan Bakeri Secara Berjemaah

Dalam memasarkan produk bakeri, pemasaran sangat penting. Malah ada rahsia mereka yang menjadi Jutawan dalam bidang bakeri. Kebanyakan tempat bidang bakeri dikuasai oleh kaum Cina. Kaum India sangat kurang terlibat dalam bidang ini. Ya, kini ramai bakeri Melayu bergelar jutawan.

Antaranya pengeluar Kek Coklat Anis dan juga pengeluar produk jenama Mek Siti dari Kelantan. 


Kini mula kebangkitan bakeri Melayu dengan konsep berjemaah atau berkumpulan. Terus terang anda tidak akan kaya dengan menjual sendiri produk anda. Mungkin boleh kaya tapi ia memakan masa bertahun-tahun.

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023