Bisnes Dropship & Bisnes Borong

As salam,

Bisnes Dropship

Anda seorang dropshipper? Bagus idea dan usaha anda tu, skrg kan semua orang ada laptop & smartphones. Kan rugi je kalau guna benda tu tanpa menghasilkan pendapatan untuk kita. Paling kurang masuk la duit poket sebulan2. Baru lega nak bayar bil telefon, bil Astro, bil internet dan pelbagai.

Dropship mudah uolss nak buat. Just jual produk orang lain dan ambil untung atas jualan tersebut. Tugas anda adalah promosi produk sahaja dan buat tempahan dengan pembekal anda. Tugas mereka adalah mengepos barang yang anda order. Mudah sekali lihat, tapi pastikan pembekal anda yang jujur.

Rata-rata peniaga online ada join dropship kasut, bag, pakaian, kuih raya, acuan kuih, permainan bayi, barang bayi, dan banyak lagi. Ada antara mereka sudah merasa pendapatan 3-4 angka sebulan. Jadi, saya mengajak anda buat bisnes dropship. Langkah awal tanpa modal besar.

Jika anda ada produk sendiri, anda bebas meletakkan harga jualan. Kalau dropship anda masih lagi tertakluk pada harga modal supplier.

Kalau murah ok la kan, tapi kalau mahal tak berpadanan dengan untung yang anda dapat macam tak puas hati pulak!

Tips Merancang Memborong Di China & Borong Di Taobao

Hai..

Mungkin ada dah tak sabar nak pergi ke negara tanah besar untuk memborong kan? Fikir masak-masak dulu, jgn sampai pergi sana pastu tak tau nak borong apa. Kebanyakkan orang macam ni la.. "Demam" nak borong semua benda. Kena ada strategi dahulu sebelum memborong. Dah fikr strategi anda? Buat sedikit kajian barang apa mendapat permintaan dan laris di pasaran Malaysia..

Bisnes Dropship Terlaris

Salam,

Dropship sekarang saya tengok dah ramai ambil manfaat. Dropship dengan kata mudah anda jual produk orang dengan mengambil untung anda sendiri tentukan. Kiranya pembekal tolak harga kat korang dengan harga murah sedikit, macam tu la maksud saya. Jadi mereka yang tak ada produk sendiri pun boleh turut serta dalam perniagaan dropship.

Daripada online sesaje baik kita semua buat sesuatu yang mendatangkan faedah. Mana tau la kan, untung dropship boleh juga biaya top up, bayar bil internet, malahan boleh bayar ansuran kereta campur duit gaji. Maklumlah, hidup sekarang serba kena pakai duit. Peluang yang ada mesti kamu semua kena rebut cepat-cepat, nanti kan terlambat. Siapa rugi !!

p/s : Gambar ini dari Sinar Niaga.

3 Pembekal Produk Dropship

Assalam,

Jika anda ingin bermula dalam bisnes dropship saya sarankan anda mencari supplier(pembekal) yang boleh dipercayai. Pembekal adalah orang yang menjalankan bisnes tersebut dimana mereka akan terima bayaran dari anda dan tugas menulis borang pos serta tugas yang tak asing lagi ialah mengepos tempahan yang diterima. Jadi, sebagai pembekal  produk dropship bukanlah sesuatu perkara mudah. Kalau stok habis, kita juga la yang kena cari !..

Untuk menjamin barang yang dipos sampai, saya menyarankan anda mencari pembekal dropship yang jujur. Saya ada beberapa pautan website untuk beberapa produk dropship yang mungkin anda minati antaranya ialah, sila lihat kategori dibawah :

cc : livemint

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023