Rahsia Kulat Putih ( Snow Fungus)

As salam,

Siapa disini yang mementingkan kecantikkan dan kesihatan diri? Dan yang pasti anda tak mahu keluarkan duit yang banyak untuk berbelanja pada produk dipasaran.. Pernah anda dengar sejenis kulat Tremella Mushroom? Kekadang kita panggil "Snow Fungus" atau kulat salji kerana warnanya putih bak salji. Ia adalah sejenis kulat jeli tropika yang lembut macam jeli, berwarna putih, dan agak besar apabila berkembang. Permukaannya bercuping-cuping menarik perhatian manusia untuk mengkaji kan. Serius lawa.. Banyak khasiat pulak tu.. dalam Laicikang anda biasa jumpa tak ?

credit herbs2000
Anda nak tahu, kulat Tremella Mushroom  ni juga digunakan dalam pembuatan produk kesihatan dan juga produk kecantikkan. Apa kata anda cuba mengamalkan kulat ini untuk penjagaan kesihatan dalaman. Apabila kesihatan dalaman berada pada tahap yang baik, sudah tentu kesihatan luaran juga akan lebih terserlah.

Panduan Merawat BLACKHEAD di muka. Baca sini

Resepi Kulat Salji ( Snow Fungus )


Ini resepi ringkas saya ..

Bagi yang berminat untuk mencuba resepi mudah gaya saya seperti berikut :

1. Rebus air dengan daun pandan sehingga mendidih
2. Masukkan kulat salji ( Kena carik-carik bagi kecil sikit. Pastikan anda rendam dan bersihkan )
3. Masukkan gula batu dan juga buah-buah yang manis. Saya gunakan kurma cina
4. Kacau dan boleh dihidangkan bersama ais bagi mereka yang suka makan sejuk

Penyediaannya, amatlah mudah. Anda boleh cuba dirumah nanti ya. Kalau nak masukkan dalam sup pun boleh macam sup sayur ke, sup campur ke dan sebagainya.


Yang ni saya cuba masukkan buah laici untuk menambahkan lagi kelazatan dan lebih terpikat. Sebab ada rasa laici. Cuba lah. Tak nak masukkan laici boleh guna koktail atau buah dalam tin.


Rupa asal Snow Fungus yang belum direndam dalam air. Agak keras sedikit teksturnya. Selepas direndam dalam  air, saiz nya menjadi 2x ganda besar.


Ini semasa direndam dalam air. Tengok tu saiz kulat salji ini menjadi besar dan lebih lembut. Tujuan rendam dalam air supaya ia lembut dan membersihkan daripada kekotoran habuk kayu. Kulat ini dia tumbuh di batang kayu..


Boleh gantikan buah laici jika suka buah lain boleh masukkan sekali yaa. Kalau nak letak buah dalam tin atau koktail pun okey juga. Sesuai diminum bersama ais kiub untuk menyejukkan badan.

Kebaikan Kulat Salji ( Snow Fungus )

Kulat salji ini juga mempunyai ciri-ciri perlindungan semulajadi yang hebat untuk tubuh badan manusia. Herba ini terkenal ratusan tahun dahulu dalam kalangan masyarakat Cina. Cuma kita saja nak bermula untuk mencubanya kan? Dah tau khasiat, tidak salah untuk mengamalkannya. 

Kulat salji ( Snow Fungus ) ini juga dikatakan mampu memerangi penyakit yang seringkali menyerang kesihatan manusia seperti mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, melawan pertumbuhan tumor, melindungi hati, meredakan bengkak dan yang paling saya suka ialah dia bermanfaat untuk kecantikkan serta boleh menghilangkan kedutan di muka sekali gus meratakan kulit muka anda dari sebarang kedutan dan rekahan. Walau bagaimanapun, aspek ini kulat salji belum dibuktikan secara saintifik. Kebaikkan lain boleh baca di sini


Pesakit atau orang yang berhasrat untuk mengamalkan kulat salji boleh mendapatkannya di kedai-kedai Cina atau pasaraya besar. Yang paling penting, kulat salji boleh dimakan sebagai makanan ruji seperti kulat lain kerana ia tidak mempunyai sifat bertoksik.

Dapatkan segera kulat salji hari ini untuk santapan keluarga anda. Semoga resepi anda bersama kulat salji ini memberikan hidangan yang berbeza kepada ahli keluarga anda.

Sekian

1 comment:

  1. Mana nk cari snow fungus ni yg halal punya? Sume kluaran syarikat cina..so jd syubhah kehalalan menda alah tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila komen. Sepatah pun ok. Tolong jaga etika komen anda. Komen yang sensitive akan dipadam tanpa NOTIS ^_^

Iklan Tajaan





Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | Tajaan Fiqmall.my