Bisnes Dropship Terlaris

Salam,

Dropship sekarang saya tengok dah ramai ambil manfaat. Dropship dengan kata mudah anda jual produk orang dengan mengambil untung anda sendiri tentukan. Kiranya pembekal tolak harga kat korang dengan harga murah sedikit, macam tu la maksud saya. Jadi mereka yang tak ada produk sendiri pun boleh turut serta dalam perniagaan dropship.

Daripada online sesaje baik kita semua buat sesuatu yang mendatangkan faedah. Mana tau la kan, untung dropship boleh juga biaya top up, bayar bil internet, malahan boleh bayar ansuran kereta campur duit gaji. Maklumlah, hidup sekarang serba kena pakai duit. Peluang yang ada mesti kamu semua kena rebut cepat-cepat, nanti kan terlambat. Siapa rugi !!

p/s : Gambar ini dari Sinar Niaga.


Selain itu, perniagaan dropship amat sesuai buat wanita, suri rumah, pelajar kolej dan juga kaum adam  yang hanya ingin kerja sambilan dari rumah. Dropship ni istimewanya tak perlu jumpa pelanggan dan hanya berhubung melalui online seperti Facebook atau email, SMS pun boleh. Sekarang ni dah ada macam-macam apps yang membantu mengembangkan lagi perniagaan korang tu. Mudahkan adanya Wassup, Messenger,  Wechat, Autosms dan lain-lain lagi. Jadi, anda mesti join dropship tau !

Paling saya suka adalah jual barangan atau produk yang menjadi minat dalam kalangan wanita la. Contohnya produk kecantikkan, produk kesihatan, pakaian, kasut, beg, baju dan seumpamanya lah. Banyak saya nak sebut. Tips nya kena pandai cari pembekal atau stokis yang boleh memberi harga murah kat korang. Lagi banyak boleh buat untung tau. Suka saya katakan dropship ni memang membantu menjana pendapatan dari rumah sahaja.

Salah satu bisnes yang mempunyai potensi besar adalah dropship tudung. Saya lihat ramai wanita belajar cara memulakan bisnes ni.  Memang mudah selepas mereka dapat tahu lubuk-lubuk tudung yang diberikan oleh Founder Madihah Scarf sendiri. Siapa dia ( Klik Sini ) . Sangat banyak tudung yang murah dan cantik-cantik di lubuk itu !

Sekian.

Ayuh mulakan bisnes dropship.

1 comment:

  1. sape nak belajar buat bisnes memang sangat sesuai belajar dengan dropship. basic biz cara selamat. =)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023