5 Kebaikkan Menyimpan Emas

As salam,

Bersua kembali kita... Apa Kebaikkan Menyimpan Emas?

Perempuan kalau emas mesti dia minat. Masa kahwin hantaran sebentuk cincin emas tidak dapat dipisahkan lagi. Logam bernilai tinggi ini menjadi kegilaan wanita, sekarang lelaki pun turut menyimpan emas sebagai pelaburan. Bukan pakai, tapi simpan. Lelaki mana boleh pakai emas. Orang dahulu sangat menitikberatkan pemilikan emas. Kalau pergi Kelantan, makcik yang jual nasi lemak tepi jalan boleh pakai emas yang besar-besar dan berat ! Fuhhh ....



Kenapa ya kita perlu menyimpan emas sebagai aset pelaburan? Kebaikan menyimpan emas seperti berikut.

1. Emas merupakan barangan berharga.

Kalau ada emas. Masa kita memerlukan duit boleh ditukar dengan tunai. Emas, siapa sahaja mahu. Jual kat saya, saya beli tau.. haha. Sebab ia berharga korang kena jaga elok-elok, risau nanti dicuri. Menyimpan logam berharga ini tidak seperti kertas. Kertas kalau kita bakar tentu dimakan api, kalau kena air tentu basah. 

Boleh dikatakan, sejak kebelakangan ini seuntai rantai emas berat 10gm pun boleh mencecah ribuan ringgit. Harganya sentiasa menaik dan tidak mengalami penurunan yang terlalu mendadak. Betul atau tak? Orang zaman dahulu pun pernah berpesan, kalau nak beli emas kena beli masa murah. Masalah sekarang, emas sudah mencapai kemuncak harga. Mahal jugak..tu pun 916.. kalau emas 999 lagi mahal kan...

2. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya. Kalau mudah luntur kita tak panggil emas la kan. Perhatikan ya...kuning keemasan itu buat si pemakai nampak glowing shining gituu.. haha.. Kena pakai banyak kot !!

3. Emas tidak boleh dibinasakan. Sifat emas itu sendiri dihasilkan secara semulajadi dalam perut bumi yang bersifat teguh. Kalau celup dalam air panas pun tak terjejas sifatnya. Awas, jangan cuba nak celup la..Nanti melecur kulit.

4. Tahan lasak. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya. Lihat la sebentuk cincin emas seberat 3-4 gm sahaja. Begitu ringan kan ? Tapi..boleh menghasilkan barangan perhiasan wanita ! 

5. Ia sukar diperoleh. Ini yang menjadikan nilai emas itu tetap mahal. Kalau mudah diperoleh sudah tentu nilai akan jatuh. Mungkin sekilo sepuluh ringgit! .. haha

Kesimpulan dapat dijelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila mari ketiadaan duit barulah jual/gadai. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu. 

Rahsia Usahawan Emas adalah perkongsian pengedar emas yang mencatatkan jualan jutaan ringgit tanpa memiliki kedai emas? Hah! Tak de kedai pun boleh dapat juta-juta ke? Ya..Benar... ikuti kisah dan perkongsian pengalaman di web mereka.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023