Panduan Menjadi Usahawan Burger

As salam,

Burger adalah makanan kesukaan rakyat Malaysia tak kira lah dari peringkat kanak-kanak sampai la peringkat dewasa. Pernah anda terfikir, suatu hari nanti nak jadi usahawan burger yang berjaya? Tahniah, anda mempunyai minat dalam bisnes burger. Perhatikan, jika anda pergi ke pasar malam, kaki lima, hentian bas, cafe, dan kedai makan pasti ada orang jual burger kan. Kalau tak laku, mana nya dia orang nak jual. Tu mesti mendapat sambutan dalam kalangan orang ramai.

Artikel ini khusus untuk anda yang ingin membina sebuah perniagaan berasaskan makanan yang menjadi kesukaan ramai rakyat Malaysia sepanjang zaman iaitu burger ... Mari kita baca rahsia selanjutnya .. 


Cuba lihat dan perhatikan, jenama burger bakar abang burn! Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat burger tempatan. Di Facebook sahaja burger bakar abang burn mendapat sambutan peminat seramai 600 ribu orang.

Pernah ketika dulu kan, burger bakar abang burn meletup di Facebook. Sebab ni first time orang buat burger bakar kan. Tapi sekarang sudah ramai orang menceburi bidang perniagaan burger bakar dengan pelbagai jenama dan pelbagai rasa.

Anda nak tak? Suatu hari nanti jenama burger anda usahakan sendiri menjadi terkenal seperti burger abang burn. Satu Malaysia orang kenal jenama burger anda akibat bisnes yang anda buat ini. Saya harap anda tidak melepaskan peluang ini untuk memulakan bisnes burger sekarang..

Bagaimana memulakan Perniagaan Burger!

Inilah salah-satu perniagaan yang tidak memerlukan modal besar,  tak memerlukan kepakaran yang tinggi serta tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji di sektor Kerajaan atau Swasta.

Tapi sebelum tu, mesti anda tertanya-tanya..
  • macam mana nak bermula
  • macam mana nak pilih lokasi yang ‘HOT’ dan strategik untuk meletakkan stall burger
  • apakah persediaan-persediaan dari segi pengurusan, alatan, pemasaran dan operasi 
  • berapa modal yang perlu dilaburkan untuk permulaan?
  • burger apa nak jual 
  • stok nak ambil kat mana
  • macam mana nak buat burger yang sedap kan ?
dan banyak lagi persoalan yang timbul...

Mari saya kongsikan bersama anda serba-sedikit mengenai perihal latar-belakang usahawan burger ini ...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023