Petua Mendidik Anak Pintar Cerdas

Assalam,

Dah beberapa hari saya tidak masuk blogging. Hari ni saya nak bagitau sis bahawa kalau nak baby kita tu cerdik kena jaga pemakanan. Ok, rata-rata ibu bapa kini suka memberi anak-anak pemakanan tambahan. Itu amalan yang baik pada peringkat permulaan. Untuk melatih anak-anak menjadi seorang pintar dan cerdas haruslah bermula dari rumah.

pictures credit to : readtome.ca

Amalan Pemakanan Semasa Mengandung

Tips kali ini untuk ibu mengandung. Adakah sis mengandung sekarang ? Kalau tak mengandung tak pe. Boleh juga baca mengenai pemakanan kesihatan yang bakal dikupas sekejap lagi. Waktu mengandung orang kata masa ideal untuk anda mengamalkan makanan tambahan  yang bersesuaian khas untuk bagi bayi anda.

Pernah mencuba madu? Madu ni sedap, dan rasa nya manis. Tapi manisnya tidak memudaratkan macam gula pasir. Ibu mengandung bagus minum madu. Opss, peringatan sebelum madu kena guna sudu plastik/kayu. Jangan guna sudu besi.

Madu juga adalah pemakanan sunnah yang patut ada sebotol dalam rumah kita. Kalau nak beli madu tu pastikan yang original. Jangan main belasah jer masa beli, kan terkena tiruan susah pulak nanti. Madu menyokong perkembangan minda anak anda semasa dalam kandungan lagi.

Apa tunggu lagi, dapatkan sebotol madu segar hari ini. Tapi, nanti dulu.. Sebenarnya ada banyak lagi tips pemakanan untuk ibu mengandung. Anda kena baca di www.anakpintarcerdas.com !

Jaga Pemakanan Anak-Anak Pintar Cerdas 

Bagaimana pula jika supplement itu berharga tinggi mencecah ratusan malahan puluhan ringgit. Bagi yang kurang berkemampuan pula tak boleh sambung beli kan ? Jadi kita tak nak proses-proses untuk mendidik anak-anak kita menjadi pintar dan cerdas terbantut dek kerana harga supplement. Kalau sekali beli tu boleh la jika nak mencuba. Apa yang anda beri makan itulah yang menjadi darah dagingnya. Jangan ajar anak asyik makan makanan segera je. Nanti jadi segera mereka berfikir. hihi

Salah satu cara mendidik anak-anak pintar untuk mengambil pemakanan tambahan sunnah adalah seperti :

1. Madu
2. Telur puyuh
3. Air saffron
4. Kurma
5. Kismis
6. Zaafaron
7. Habbatus sauda

Dan banyak lagi. Sudah tentu murah dan mudah diperoleh di pasaraya besar. Tak payah beli online pun. Hihihi.. ok, kalau nak tahu pasal pemakanan ibu mengandung boleh layari web anakpintarcerdas.com ..

Saya doakan semoga impian anda untuk mendidik anak-anak kecil menjadi seorang pintar dan cerdas tercapai!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023