Cara Buka Akaun Citylink

As salam,

Siapa disini yang memerlukan khidmat pengeposan barang melebihi 2kg keatas. Saya telah memilih Citylink sebagai kurier items tersebut. Tahu tak, Citylink ni boleh pick up barangan kita setelah kita buka akaun Citylink di cawangan terdekat. kebanyakkan peniaga online juga menggunakan khidmat Citylink. Untuk pengetahuan, penghantaran mengambil masa 1-2 hari bekerja di kawasan bandar dan kalau luar bandar tu takes time juga.




Mula-mula korang kena pergi mana-mana branch Citylink. Sampai disana maklumkan kepada kerani bertugas untuk membuka akaun Citylink. Pembukaan akaun Citylink tidak dikenakan apa-apa bayaran. Percuma sahaja !

Langkah nak buka akaun Citylink, ni mana saya ingat ya :

1. Kena pergi mana-mana cawangan Citylink terdekat
2. Pastu minta borang akaun pick up dengan kerani bertugas
3. Isikan, kalau tak faham boleh minta kerani ajarkan
4. Wajib ada SSM
5. Kena ada cop SSM, pada cop kena ada nama perniagaan & no pendaftaran SSM
6. Kepilkan fotostat IC
7. Review borang takut ada salah pastu hantar
8. Akaun anda akan diproses dalam masa seminggu camtu
9. Pastu anda akan menerima slip pos siap cetak alamat & nama perniagaan anda
10.Tunggu bil bulanan sampai kalau ada penggunaan ( Jgn bayar lewat, nnti akaun kena beku )

Untuk mengetahui lokasi semasa cawangan Citylink di tempat anda boleh layari website Citylink

4 comments:

  1. Bgaimana cara sa memohon mbuka branch citylink di tempat saya..

    ReplyDelete
  2. Saya melihat akan kepesatan di kawasan sa dlm bisnes online dan masalah kekurangan cara penghantaran yg cepat dan mudah jadi sa ingin mnjadi sebahagian drpd keluarga citylink bagaimana saya blh join

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023