Review Transit Hotel Berdekatan KLIA/KLIA2

Hi,
Selamat berhujung minggu !

Normal bagi setiap traveller untuk menginap di hotel jika anda salah seorang penumpang transit yang agak lama untuk menunggu flight berikutnya. Jika bermalam di airport memang amat tidak selesa buat mereka yang melancong bersama keluarga. Jangan risau, saya akan guide anda untuk mendapatkan bilik hotel yang selesa dan murah tambahan pula berdekatan dengan KLIA/KLIA2..

Kami sampai di KLIA2 jam 11.50 malam. Sebelum tu dah siap-siap booking hotel untuk menginap satu malam sahaja.. Bukan apa, kami kena kumpul tenaga untuk perjalanan memakan masa 10 jam hari berikut.


Hotel kami menginap. Gambar dari Agoda..

Memilih Hotel berdekatan KLIA2/KLIA sedikit mencabar buat mereka yang pertama kali mencari lokasi hotel. Kita nak yang dekat dan senang pergi. Hotel EV WORLD KOTA WARISAN @ KLIA & XIAMEN UNIVERSITY  ini jarak dengan KLIA/KLIA tak jauh sangat. 

Saya booking di Agoda : Link Hotel KLIK SINI
(Harga berubah-rubah setiap masa, boleh check di link tersebut)

Untuk makluman anda, hotel ni juga ada khidmat shuttle dari airport. Kalau nak pergi sendiri pun boleh. Kami cuba naik UBER jer, kos transport pakai UBER murah.. Walaupun hotel ni jauh sedikit dari KLIA/KLIA2 namum anda tak perlu risau transportation ..

Cara kedua, anda boleh naik ERL ke Salak Tinggi (RM5). Dari Salak Tinggi boleh request Grab (RM7)  ke hotel

Ini antara gambar yang sempat kami snap :


Bilik menempatkan 2 buah katil single. 


Katil yang empuk dan bilik berhawa dingin. Tingkap tak ada ya :) 


Bilik kami menginap 209. Pelan bilik Hotel


Dilengkapi dengan TV, meja , dan penyangkut baju .


Tandas yang bersih, ada shower gel dan selipar

Kemudahah hotel sediakan:
  • Ada lif, sesiapa bawa bagasi berat boleh angkut naik bilik
  • Sarapan pagi antara jam 7-10 pagi
  • Kemudahan wifi percuma
  • Airport shuttle, one way RM35
  • Receptionist 24 jam
  • Mini lobi/ruang menunggu

Waktu check in tak kisah masa mana, standard check-in 2.00 ptg dan check-out kena ikut masa jam 12 p.m.. Walaupun hotel ni murah, ia juga menyajikan makanan pagi. Kami dapat breakfast nasi lemak. Not bad ! Harga dah siap breakfast... ..

Buat mereka yang transit, disyorkan untuk menginap disini kerana lokasi tidak jauh dengan KLIA/KLIA2 dan harga semalaman saya dapat hari tu RM77. Jika anda menginap 2 orang pun harga adalah sama. Semasa artikel ini ditulis, harga yang saya check RM50 untuk bilik single, RM83 Deluxe Room (Katil 2 single) dan RM106 Executive Triple (Katil 3 single) ..

Jadi, rancanglah perjalanan anda, Jika memerlukan penginapan hotel boleh pergi hotel ni. Hotel murah sekitar KLIA/KLIA2





No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023