Resepi Nasi Ayam Mudah

Hi,

Sedap kan kalau menu nasi ayam untuk lunch? Bukan apa, nasi ayam ni bukan je kegemaran saya je malah anda semua yang sedang membaca ni kan? Kalau makan di kedai sepinggan tu tak cukup jadi boleh cuba buat sendiri dari dapur rumah anda


Nasi ayam sinonim juga dihidangkan waktu kenduri dan juga waktu lunch memandangkan sepinggan dilengkapi dengan nasi, ayam, sup, sos lada dan kicap sudah pasti membuatkan perut anda bergetar kelaparan.

Jom, saya ajarkan anda buat nasi ayam cara mudah dan senang.. Takperlu bahan-bahan yang susah mana pun

Bahan-bahan untuk sup

  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu rempah sup*
  • 3 sekawan kalau nak buh*
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • Bawang besar selabu*
  • 3 ulas bawang putih diketuk*
  • Gula, garam dan 2 ketul kiub Maggi semestinya
  • Daun bawang, daun sup dihiris untuk hiasan

Ayam tu kalau uols nak buat sekor macam tu pun boleh. Pastikan ayam dibersih cuci. Kalau nak potong kepada 4 bahagian pun boleh dan lebih senang nak goreng

Tumiskan bahan bertanda * kemudian anda biarkan dia mereneh sampai ayam empuk. Angkat ayam dan sup tu jangan buang. Perasa kan lagi kalau masih tawar dgn gula, garam dan Kiub Maggi

Tutup api dan ayam tu anda asingkan kedalam bekas lain

p/s ; Sementara ayam tu nak tunggu digoreng, elok la anda siram dengan sedikit kicap

Resepi ayam nasi ayam


Sebelum makan, potong dan ketuk ayam ni barulah disiram sos kicap & cili nyaa

Setelah anda perap dengan kicap tak kisah la beberapa minit sekali pun. Anda dah boleh mula menggoreng.. Hati-hati tau sebab terpercik minyak! Goreng sampai nampak seperti ayam bakar dan jangan bagi hangit pula

Tadaa, dah siap dan ketepikan. Atau boleh potong bagi kecil mudah nak  makan..

Untuk sos kicap 
Kicap ni sedikit pekat baru best dah mcm sos

  • 1 mangkuk sup
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit kicap untuk menghitamkan kuah

Sup ayam anda perlu ambil dalam beberapa senduk. Incase uols nak buat semangkuk sos kicap so ambil lah semangkuk sup. Sup dipanaskan dalam periuk lain sehingga mendidih selepas itu perlu ditambah dengan kicap . Last , masukkan 1sudu besar tepung jagung.. Jangan terlalu banyak nanti tepung tu bergentel

Untuk sos cuka cili
Rasa nya masam masam dan pedas

  • 8 biji lada besar merah
  • 2 ulas bawang puteh
  • Sedikit halia
  • Gula , garam 
  • Cuka
Blend semua bahan diatas sampai hancur. Kalau nak sos cili ni tahan lama kena panaskan sehingga sos mendidih

Untuk nasi nyaa
Nak bagi nasi wangi letak la daun pandan dan halia (ketuk je)
  • Sukatan beras seperti anda memasak dirumah
  • Air sup ayam
  • Halia diketuk
  • Daun pandan
  • 1 sudu besar majerin
  • Sedikit pewarna kuning, (ganti kunyit pun boleh)
  • Air biasa jika tak cukup tambah dalam nasi

Beras dibasuh bersih. Masukkan beberapa senduk kuah sup kedalam beras supaya nasi lebih enak. Masukkan 1sudu majerin, kalau tak nak letak tak apa.Masukkan pewarna, daun pandan dan air tambahan. ON rice cooker dan tunggu sampai masak

Selepas semua dah siap, letak nasi dalam pinggan bersama salad, tomato dan timur serta ayam yang siap digoreng tadi. Cucur lah sos cili cuka dan sos kicap.. Makan dengan sup ! Sedap uolls

Itu je resepi nasi ayam dan anda boleh mencuba nya dari rumah je

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023