Macam Mana Nak Memborong Di China

Hii,

Sekarang kan semua mudah belaka katakan ! Sampai kan nak memborong benda- benda kecik tak payah nak pergi jenguk tempat seller, beli online uolss .. Bagi saya, kalau nak memborong harga murah tak ada masalah, sebab kami dah cuba membeli di Taobao.

p/s : Sweater lelaki yang saya beli di taobao.com

Pengalaman Membeli Di Taobao.com

Hai,

Beberapa hari yang lalu saya ada buka web Taobao, nak tengok barang je, tetapi ada berkenan dekat satu kasut sarung ni. Harga tak mahal pun dalam belas ringgit  je, ya.. semurah itu boleh dapat kalau ugais beli direct dari China. Kualiti pun ok, setakat nak pakai boleh la..

Nak cerita, saya ni tak pernah pun order barang kat Taobao sebelum ni. Setelah saya ada baca panduan borong dari China oleh Nigel ni, saya terbuka hati katakan nak usha barang dari sana. Harga mak oihh, murah dari pasar borong tau! hihi.


tadaa, ni 1st barang yang saya beli kat Taobao,

Memborong Dari China & Tiket Penerbangan

Salam, 

Untuk pergi ke negara China kita kena servei tiket murah dari biasa. tak gitu? Memakan kos yang tinggi sudah termakan modal pusingan perniagaan anda. Terdapat beberapa buah syarikat penerbangan untuk ke Guangzhou direct dari Kuala Lumpur. Perjalanan ke Guangzhou memakan masa lebih kurang 4 jam 10 minit.

Airasia 


Penerbangan Airasia adalah tumpuan bagi para peniaga untuk ke Guangzhou sebab tiket yang ditawarkan juga murah dan berpatutan. Kalau rezeki anda dapat, pergi balik tak sampai seribu pun.. Bawah RM1000 lagi ok kan... Air Asia juga menambah jumlah penerbangan pergi balik antara KL dan Guangzhou kerana permintaan untuk laluan udara tersebut menjadi pilihan utama...

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023