Review Aiken Tea Tree Oil Micellar Cleansing Gel

Wahh, bestnya.. AIKEN dah keluarkan produk baru tapi saya baru je nak mencuba nya. Memang kalau ada produk baru dari Aiken anda boleh cuba..


AIKEN Micellar Cleansing Gel mengandungi Lemon Myrtle Oil and Tea Tree Oil (Melaleuca Alternifolia) untuk membantu mengelakkan kulit dari jerawat secara semulajadi. 

Minyak tea tree memang banyak pun diadun dalam produk penjagaan kulit muka dan badan bagi mereka yang ada jerawat serta kulit berminyak disyorkan guna. 

Dalam pasaran sekarang pun banyak juga produk berasaskan minyak tea tree dan ada pula yang berbeza formulasi dari segi, bau dan rasa. Bukan tu je, harga ada yang murah dan ada yang mahal terpulang kepada pembeli itu sendiri

Bagi saya, jika produk dari drugstore memang saya yakin nak guna walaupun ia mahal dan murah. Kita tahu produk seumpama dikedai tersebut dijaga kualiti dan juga selamat. AIKEN Micellar Cleansing Gel ni pun saya baru cuba

Berat untuk satu tiub ni 250gm

Boleh dipakai dimuka dan dibadan. Kalau nak bawa travel sudah memadai 2in1. Lepas guna AIKEN Micellar Cleansing Gel  badan dan muka rasa bersih dan lembut je

Tekstur macam ini ya, gel. dan berbau wangi seperti tea tree. Bukan tu je, dalam ni  diperkaya dengan Aloe Vera yang melembutkan kulit dan menenangkan kulit wajah anda. Aloevera ni boleh je melembabkan kulit anda selepas mandi.. 

Harga pasaran RM9.50 je.. memang mampu milik sangat. Pergi beli masa promosi boleh dapat murah jerr... Guna skit2 jimat lama laa.. hehe
Kalau nak tengok boleh je usha di website Guardian Klik

Selepas anda guna, memang kulit tak kering dan rasa lembut. Saya guna kat muka kalau2 cleanser dah habis.. hehe.. Satu lagi, tea tree oil ni bukan biasa-biasa tau, diimport dari Australia. Kan jauh tu mari... 

Dah cuba produk baru? AIKEN SUNSCREEN SPF25 packaging baru, nak baca KLIK SINI

Post ini tidak berbayar sesen pun dan saya hanya review berdasarkan pengalaman guna.. Kalau diberi pilihan, memang saya akan terus setia guna AIKEN Micellar Cleansing Gel 

6 comments:

  1. Nak tanya, lps guna micellar cleansing gel ni perlu tak cuci muka lagi guna aiken facial cleanser??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer nak guna. Saya pun pernah guna selepas Micellar Gel

      Delete
  2. macam mana nak guna micellar cleasing gel ?

    ReplyDelete
  3. bole ke pkai micellar gel slpas pkai sunscreen?

    ReplyDelete
  4. Knp dahi sy koho Naik jrwat. Ad ke xsesuai

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023