Panduan & Tips Menternak Kambing Secara Komersial

As salam,

Anda seorang penternak kambing ? Dan juga meminati bidang penternakan kambing secara komersial. Kalau diusahakan secara komersial sudah tentu batas pengeluaran kita kena banyak kan untuk menampung permintaan. Mana tau suatu hari nanti dengan usaha kecil bermula, anda boleh menjadi pengeluar kambing secara komersial dan besar-besaran.


Kambing Boer antara kambing yang mendapat permintaan tinggi untuk diimport.

Kalau nak jadi penternak kambing yang berjaya kita kena tau juga beberapa ciri-ciri seperti berikut ;
  • Nak ambil baka kambing kat mana kan ...
  • Tips nak pilih makanan kambing yang berkualiti
  • Pengurusan kandang
  • Cara nak buat kandang kambing standard punya
  • Kenali ciri-ciri penyakit kambing
  • Kena la ambil tau bab "perangai" kambing
  • Rawatan susulan jika kena penyakit
  • Tips nak biakkan kambing
dan banyak lagi kan. Boleh dikatakan kalau nak menternak kambing ni wajib kena ada ilmu dan sentiasa belajar agar perusahaan ternak kita menjadi. Saya tidak menafikan hal ini. Kebanyakkan penternak kambing di Malaysia juga pernah menghadiri kursus penternakan anjuran mana-mana agensi. Betul tak ?

Kalau perniagaan kambing anda sudah berkembang, fokus pula kepada produk berasaskan kambing seperti :
  • Susu kambing asli. Susu kambing pun laku orang jual sebab ia boleh merawat penyakit kuning bayi. Sebotol kecil pun RM5. Kalau dah 100 botol dapat la RM500.
  • Produk kosmetik seperti sabun susu kambing, losyen, sabun mandi
  • Pembekal daging kambing segar, Orang nak beli terus datang kat ladang..FRESH !!
Dari situ sudah banyak kita boleh menghasilkan keuntungan. Bermula dari kambing tapi hasilnya boleh dimanfaat sebanyak mungkin. Ini satu peluang besar kan sebab kat Malaysia ni ramai juga pengguna yang menyukai produk berasaskan bahan semulajadi.


Bercerita pasal kambing, saya teringat akan En Mohamed Farid, kalau nak berguru pasal bab ternak kambing boleh belajar dengan beliau. Beliau boleh dikategorikan sebagai orang berpengalaman luas dalam bidang ini. 

Untuk belajar dengan beliau tips menternak kambing, anda tidak perlu kerumah beliau jika anda berada berjauhan. Sekadar membaca hasil penulisan beliau sahaja. Beliau sudah pun menyiapkan panduan lengkap menternak kambing yang kini sudah ramai orang memilikinya. 

Setakat ini sudah bicara saya, untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web beliau untuk mengetahui cara menternak kambing, Rujuk Sini.

Salam kejayaan & Semoga berjaya menjadi penternak.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023