Resepi Biskut Raya

As salam,

Hari raya dah nak dekat. Korang dah prepare apa untuk raya? Baju dah beli atau siap jahit. hihi. Jangan lupa kuih raya yang sedap tau. Ade perancangan nak buat biskut raya tak. Kalau nak cuba boleh guna resepi ini ...

Resepi biskut raya 2015 ini sangat mudah dan tak perlu ingredients yang loaded sama sekali. Hanya boleh dibeli dipasar raya berdekatan rumah sahaja..By the way, resepi biskut ini boleh digunakan sekali dengan alat buat biskut, Press Cookies.

Resepi biskut raya memang la kena yang mudah dan menjimatkan masa membuat.. 

Resepi Biskut Kelapa Rangup

Credit pic to Cikepel Blog

Biskut Kelapa Rangup


Resepi biskut kelapa yang berperisa pandan terbaik jika dihidangkan di hari raya. Sebagai peminat biskut kelapa saya akui biskut ini memang sedap dan sangat rangup. Keharuman dari pati pandan menambahkan lagi keistimewaan biskut ini. Bahan-bahan adalah mudah, bahan kebiasaan yang boleh didapati di kedai barangan bakery. Untuk hiasan anda boleh memilih untuk meletakkan ceri atau 'drizzle' dengan cairan coklat.

Ditulis oleh : Che' Nom
Masa Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 100 biji

Bahan-Bahan:

250 gram mentega
80 gram (2/3 cawan) tepung jagung, diayak
250 gram (2 cawan) tepung naik sendiri, diayak
120 gram (kurang sedikit 2/3 cawan) gula kastor
2 biji telur kuning
2 sudu teh pandan paste
1/2 sudu teh esen pandan
80 gram (1 cawan) kelapa kering, kisar halus
Kelapa kasar untuk hiasan
Telur putih untuk hiasan
Ceri merah untuk hiasan (optional)
Coklat cair untuk hiasan (optional)

Cara Penyediaan:

  1. Putar mentega dan gula sehingga sebati, cukup sehingga mentega bertukar menjadi kuning pucat.
  2. Masukkan kuning telur, esen pandan, pandan paste, dan pewarna hijau. Putar sehingga sebati. Jika anda menggunakan mixer, pastikan mengacau di bahagian bawah mangkuk mixer dengan spatula supaya adunan betul-betul sebati.
  3. Masukkan kelapa kering yang dikisar, diikuti tepung jagung dan tepung gandum.
  4. Kacau sehingga mendapat doh yang lembut. Tambahkan sedikit tepung jika doh agak lembik, tetapi jangan terlebih tepung.
  5. Rehatkan doh selama 10-15 minit.
  6. Canai doh dan terap mengikut acuan pilihan anda. Sapu bahagian atas dengan telur putih dan taburkan dengan kelapa kering. Boleh juga ditelangkupkan bahagian atas biskut di dalam bekas yang ditaburi kelapa kering. Hiaskan dengan ceri (jika suka).
  7. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.

Tips:
Jika anda ingin hiaskan dengan cairan coklat, biskut hendaklah dibakar dan disejukkan terlebih dahulu. Coklat perlu dicairkan dengan menggunakan kaedah double boiler. Masukkan coklat cair dalam piping bag dan potong muncung beg sedikit sahaja.


Susah guna penekap? Kami ada cara yang mudah. Hanya tekan sahaja anda sudah boleh menghasilkan biskut tradisional, itulah biskut raya anda kali ini. hihi


Haa. Cookie Press didatangkan dengan 20 jenis penekap stainless steel. Macam-macam bentuk biskut anda dapat nanti. Suka tak ?


Nak buat hias cupcakes pun boleh sebab ada nozzle yang disediakan. 4 acuan nozzle panjang disertakan. Cukup mudah untuk digunakan..



Pastikan hari raya tahun 2015 ini meriah dengan biskut raya koleksi anda buat sendiri.. hehe

Untuk mencuba, dan membeli acuan press cookies ini boleh lah SMS/Whatapps wakil jualan di 013 3049082

Jgn lupa ..Ehh, u ols suka tak Macaroon? Lawa sngt pelbagai colour, tengok post ni. Klik Sini

Mulakan bisnes bakeri dari rumah, Klik dibawah..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023