Pos Barang Ke Luar Negara Guna Flickpost

 Hi,

Pening saya dibuatnya untuk pos barang ke luar negara. Ya lah, pengalaman pos barang ke luar negara belum ada. Asyik dalam negara sahaja. Kali ini saya nak pos barang ke Australia dan semestinya saya dah buat servey kurier mana nak guna

Kebanyakkan pengguna memilih PosLaju untuk pos barang ke luar negara. Oh, tiada masalah boleh je nak guna PosLaju International. Mudah pun mudah guna sistem SendParcel je. Masukkan poskod pengirim dan juga negara penerima anda dapat tahu harga.

Kali ini saya pos guna Flickpost

Flickpost pun ada buat penghantaran ke luar negara, boleh semak di website mereka. Dan harga pun kiranya berbaloi juga la.. Lagipun servis Flickpost adalah termasuk pick-up dari rumah anda dalam Semenanjung sahaja

Flickpost membolehkan anda mendapatkan sebut harga untuk penghantaran ke mana-mana negara di seluruh dunia dan menempah penghantaran anda secara dalam talian. Semua tempahan yang dibuat akan merangkumi perkhidmatan pick up PERCUMA dari mana sahaja di Semenanjung Malaysia. Nombor penjejakan (tracking numbers) akan dihasilkan sebaik sahaja anda membuat tempahan

Carik kotak dulu nak letak barang pos. Ini kotak kecil saja

Kira ok sangat, just anda key in data secara online di website lepas tu buat bayaran siap-siap. Boleh anggar je berat barang. Kalau tak cukup nanti boleh top-up duit dalam akaun Flickpost. Semua ni semudah online sahaja. Senang pun senang

Sebelum nak pos barang, anda boleh emel kan dahulu jenis barang tu kepada pihak Flickpost sama ada boleh ke tidak untuk masuk negara penerima. Ya lah kan, pos penat-penat akhir nya tak boleh masuk. Agak rugi juga kan.

Dah siap!! saya tampal di kotak. Boleh tape je guna salotip lutsinar tu. tape semua. Nanti sampai warehouse diaorang akan print consignote lain ..

Daftar Flickpost ni percuma je, nak pos barang baru bayar. Haa, sementara dah ada akaun boleh lah usha-usha harga pos anda

Pendaftaran : Rujuk sini DAFTAR AKAUN FLICKPOST (PERCUMA)

1. Daftarkan akaun flickpost anda atau log masuk ke akaun yang ada

2. Buat penghantaran baru, isi maklumat pengirim dan penerima

3. Periksa maklumat penghantaran dan bayar dalam talian guna online banking

4. Cetak SATU (1) salinan label penghantaran dan invois dari akaun flickpost anda

5. Then, boleh arrange pengambilan bungkusan di tempat anda

Ini slip pos yang siap dijana, kena print siap-siap ya. Kalau takde printer, boleh print kat CC hehe

Flickpost menerima semua kad kredit dan debit utama, Perbankan Internet, PayPal, GrabPay, Boost, Touch ‘n Go. Mudah kan?? Untuk pelanggan yang berada di luar negara, Flickpost juga menerima Telegraphic Transfer.

Post ini tidak ditaja oleh Flickpost dan sudi saya share pengalaman menggunakan Flickpost! 

Hasil track menunjukkan parcel sudah sampai di bumi Australia




4 comments:

  1. Boleh saya tahu, encik menggunakan flickpost economy/ standard/ priority ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard je cik.. kalau priority tu kena declare items.. standard dan economy takperlu declare (isi form khas)

      Delete
  2. flickpost ada any packaging requirement ke? sebab saya sellotape semua satu kotak tu hahah takut terbukak tapi tu la risau kena reject ke. Encik tahu tentang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Packaging kalau items kecik2 takde masalah. Perlu diingatkan biasanya harga dicaj pada berat timbang atau berat volumetrik (yg mana lebih besar). Kalau tak cukop nanti Flickpost suruh top up dalam akaunnya

      Delete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023