Resepi Kek Cheese, Paling Menggiurkan

As Salam, 
Minat ke makan kek cheese aka kek keju. Sekarang ni nama kek cheese dah macam-macam seperti kek cheese meleleh, kek cheese velvet, kek cheese indulgence (betul tak eja ni) dan seumpamanya. Rasa pun lain kan ? Dah pernah cuba ke.

Mahukan anda membuat kek cheese dengan gaya anda sendiri di rumah sahaja. Saya kan kongsikan resepi kek cheese ini untuk you olss ya. Nanti boleh praktikkan sampai jadi.



Resepi Cheese Kek seperti berikut :
by : Rohaimi Ahmad
via : Kongsi Resepi.com
sharing: shafiqraduan.com

Bahannya:
  • 200g cream cheese ( TATURA CHEESE.pun boleh )
  • 400 ml susu segar (lina pg gn 1tin susu cair)
  • 100 g mentega
  • 100 g tepung gandum
  • 100 gram gula halus
  • 4 biji telur saiz A
  • 1st esen vanila
  • 1st jus lemon(atas pilihan)
Cara-caranya :
  1. Mula-mula masukkan susu segar dalam periuk aka puyuk k.. hihi. Masukkan krim keju/cheese sehingga cair dan kacau menggunakan hand whist. Lepas tu you masukkan marjerin apa-apa jenama. Nak sedap buttercup. Kacau beberapa minit sehingga marjerin cair. Padamkan api dan ketepikan.
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul-betul ringan (ia tak jatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
  3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
  4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan)..
  5. Sapu acuan kek dengan marjerin dan taburkan tepung disekelillingnya. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
  6. Bakar pada suhu 160'c guna api atas bawah selama 50 minit - atau sehingga masak dan menggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) 
  7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
  8. Simpan didalam peti sejuk dulu lg enak dimakan masa keknya sejuk...
..dan anda boleh menikmati kek cheese yang lazat. Saya berhajat nak sediakan tutorial buat kek cheese bergambar tetapi saya pun tiada koleksi. Saya harap anda semua faham ya ..

Minat untuk menjual kek cheese ? 

Dengan kata lain, anda nak memulakan perniagaan kek cheese dari rumah. Setiap hari anda menghantar kek cheese ke kantin, kafe, kedai makan dan sebagainya. Pernah dengar kisah usahawan kek bekerja dari makan gaji, akhirnya memilih perniagaan untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Beliau melihat peluang yang ada lebih luas dan boleh pergi jauh.

Konsep yang diterapkan oleh wanita ini adalah bekerja dari rumah pada peringkat awal memandangkan dia mahu menjaga anaknya sendiri. Akhirnya, berbekalkan ilmu dan modal yang tak seberapa, akhirnya dia boleh membuka kedai kek jenamanya sendiri.

Artikel asal boleh baca di majalah. Saya pun lupa, tak silap saya majalah mingguan wanita. You pun boleh Google sendiri.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023