Punca Bisnes Lingkup

Ini tips yang kami perolehi daripada salah seorang mentor kami iaitu Puan Ainon, Pengerusi Penerbit PTS dan juga Ainon Business School.

Ini adalah salah satu nota yang kami rasa patut dikongsi.

Di sekeliling kita banyak peniaga Melayu yang pernah lingkup bisnesnya. Banyak yang menyalahkan macam-macam faktor luaran bagi menerangkan kenapa bisnes mereka lingkup.


  • Kerajaan tidak tolong.
  • Kementerian tidak tolong.
  • MARA tidak tolong.
  • Cina sabotaj.
  • Sesama Melayu tidak mahu tolong.
  • Sesama peniaga Melayu hasad dengki

Ada #2 punca mengapa bisnes kita boleh lingkup :

1. Faktor yang melingkupkan bisnes kita itu datang dari luar. 

Contoh: Bisnes kita dibunuh oleh pesaing-pesaing kita. 

Syarikat lain yang bergiat sama macam kita mungkin mensabotaj kita. Faktor ini jarang sekali berlaku.  Contoh pesaing bunuh pesaing: Ini yang berlaku ke atas Zaitun Industry.

2. Faktor dalaman yang menyebabkan bisnes kita lingkup sendiri.

Inilah faktor utama bisnes kita lingkup. Faktor yang melingkupkan bisnes kita itu datang dari dalam. Kita tidak meningkatkan ilmu-ilmu bisnes kita. 

Contoh: Kita tidak belajar teknik yang betul mengurus semangat kerja staff. Tukang masak kita lari. Supervisor kilang kita lari. Salesman kita lari.

Contoh: Produk kita tidak dapat bertahan dalam pasaran. Ini bukan kerana ada pesaing yang mahu membunuh bisnes kita. Sebaliknya, memang produk kita tidak dapat lagi memenuhi kehendak pasaran.

Contoh: Kita kehilangan pelanggan. Pelanggan kita sudah berubah tabiat, kegeramaran, gaya hidup, citarasa dan tingkah lakunya. Kita tidak perasan fenomena itu. Yang kita perasan, jualan kita semakin menurun.

Cara kita berniaga pun lemah. Syarikat lain sudah mengubah cara bisnes mereka, kita masih berniaga cara lama. 

Sebagai contoh, syarikat lain sudah mempunyai staff sepenuh masa bagi menjalankan kerja-kerja online marketing, tetapi kita tidak mengambil staff macam itu.

Antara lain yang kami belajar daripada Puan Ainon, jangan memulakan bisnes yang memerlukan kita berhutang. Kita akan terjerat dalam jerat hutang yang tak berkesudahan. 

Andainya nak berhutang, pastikan ia dalam kemampuan anda untuk membayar balik dalam masa yang singkat.

Caranya ialah dengan kaedah lean startup iaitu guna apa yang ada. Malah kita boleh guna cara OTP iaitu other people product untuk bermula.

Contohnya menjadi agen jualan kek coklat keluaran syarikat tertentu. Yang penting, kita dapat untung untuk berkembang ke tahap lebih tinggi.


Semoga bermanfaat..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023