Tips Berniaga Dengan Hypermarket

Dari ABS: Berniaga dengan Hypermarket

Apabila kita menjadi supplier kepada hypermarket, kita akan menanggung kos-kos tersembunyi yang 'mahal'.

Selain kita wajib membayar yuran pembukaan akaun sebagai pembekal, yang beribu ringgit jumlahnya....

1. Kita 'ditekan' supaya membeli ruang iklan dalam item-item promosi mereka. Harganya beribu ringgit. Contoh item promosi adalah seperti berikut : 
  • Leaflet yang diberikan percuma kepada pengunjung
  • Kalendar tahunan
  • Katalog
  • Majalah yang mereka terbitkan

2. Kita 'ditekan' supaya membeli meja annual dinner mereka. Semakin besar dan banyak rangkaian mereka, semakin mahal harga meja mereka. Malah, ada hipermarket yang menjual bukan meja, sebaliknya kerusi: 1 kerusi RM10k!

3. Kita 'ditekan' supaya menyumbang kepada tabung CSR mereka. Apabila ada tragedi, hipermarket menyumbang kepada tabung tragedi itu. Gambar VIPnya masuk berita dan surat khabar. Duitnya datang dari pembekal!

4. Kita 'ditekan' supaya memberikan potongan harga yang sangat menekan margin kita, sampai kita tercungap-cungap!

5. Apabila kita mempunyai produk yang 'laju', kita ditekan supaya memberi mereka hak house-brand mereka sendiri. Sebagai contoh, kita membekalkan garam. Garam kita sangat laku. Kita dipaksa membekalkan garam yang menggunakan nama hypermarket itu! Berlawan pula dengan garam yang menggunakan nama kita sendiri.

Tips ini dibawakan khas oleh Ainon Mohd .

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila komen. Sepatah pun ok. Tolong jaga etika komen anda. Komen yang sensitive akan dipadam tanpa NOTIS ^_^

Iklan Tajaan





Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | Tajaan Fiqmall.my