Dropship & Modal

Hai, anda tidak mempunyai modal besar untuk memulakan bisnes sendiri? Tidak mengapa, jangan bersedih kerana dengan wujudnya sistem dropship anda boleh menjimatkan wang dari terus melebur tanpa tentu hala.

Jika anda sertai dropship, terdapat beberapa kelebihan yang bakal anda peroleh. Saya ringkaskan seperti dibawah :

Tanpa sebarang modal besar diperingkat permulaan.
Saya tahu, ramai orang suka buat duit di internet. Tapi alangkah kecewanya jika anda terpaksa keluarkan sedikit modal. Dropship adalah pilihan anda kerana ia tidak memerlukan modal yang besar. Kalau rugi pun, tak adalah sehingga semua harta benda anda tergadai. 

Tegasnya, anda perlu tahu bahawa dropship ini memang tidak mengeluarkan sebarang wang banyak pada peringkat permulaan. Tapi, berdasarkan pengalaman saya ada juga pihak penyedia produk ( pembekal ) mengenakan yuran dropship. 

Pada saya, jika produk yang ditawarkan betul-betul mendapat permintaan anda boleh sahaja bayar akan tetapi saya lebih memilih pembekal yang tidak mengenakan apa-apa syarat bayaran dropship.

Cukup sekadar anda mempunyai capaian internet dan laptop. Bagi yang ada gadjet seperti Smartphones, Ipad dan tablet ini memudahkan lagi urusan tempahan anda jika berada di luar kawasan seperti shopping mall ke, kampung halaman ke. Masa tu mesti tak bawa laptop yang memberatkan belakang anda. Hihi. Jadi, gadjet masa kini amatlah membantu. 

Setakat yang saya tahu, pelanggan lebih suka membuat tempahan menerusi SMS dan juga Wassup. Dua kaedah ini paling popular dan serasi dengan saya.


p/s: Jika anda berkesempatan dan ada modal lebih, kenapa tidak memborong dari China dan membawa stok dagangan sendiri ke rumah. Just jual online.

Rakan saya seorang usahawan, dia sudah menjana pendapatan 4 angka hanya dengan memborong dari China. Anda fikir kos modal yang ditawarkan pembekal terlalu mahal. Kenapa tidak ajaa borong dari China. Boleh baca sini , Klik Sini

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023