Bisnes Dropship & Bisnes Borong

As salam,

Bisnes Dropship

Anda seorang dropshipper? Bagus idea dan usaha anda tu, skrg kan semua orang ada laptop & smartphones. Kan rugi je kalau guna benda tu tanpa menghasilkan pendapatan untuk kita. Paling kurang masuk la duit poket sebulan2. Baru lega nak bayar bil telefon, bil Astro, bil internet dan pelbagai.

Dropship mudah uolss nak buat. Just jual produk orang lain dan ambil untung atas jualan tersebut. Tugas anda adalah promosi produk sahaja dan buat tempahan dengan pembekal anda. Tugas mereka adalah mengepos barang yang anda order. Mudah sekali lihat, tapi pastikan pembekal anda yang jujur.

Rata-rata peniaga online ada join dropship kasut, bag, pakaian, kuih raya, acuan kuih, permainan bayi, barang bayi, dan banyak lagi. Ada antara mereka sudah merasa pendapatan 3-4 angka sebulan. Jadi, saya mengajak anda buat bisnes dropship. Langkah awal tanpa modal besar.

Jika anda ada produk sendiri, anda bebas meletakkan harga jualan. Kalau dropship anda masih lagi tertakluk pada harga modal supplier.

Kalau murah ok la kan, tapi kalau mahal tak berpadanan dengan untung yang anda dapat macam tak puas hati pulak!

Dropship & Modal

Hai, anda tidak mempunyai modal besar untuk memulakan bisnes sendiri? Tidak mengapa, jangan bersedih kerana dengan wujudnya sistem dropship anda boleh menjimatkan wang dari terus melebur tanpa tentu hala.

Jika anda sertai dropship, terdapat beberapa kelebihan yang bakal anda peroleh. Saya ringkaskan seperti dibawah :

Tanpa sebarang modal besar diperingkat permulaan.

Cara Cari Pembekal Dropship

Hai.

Sudah ketemu pembekal anda ? Dah dapat quotation harga ? Jual produk apa tu ?? ...Tanpa membuang masa, kita terus ke bahagian terpenting sekali dalam mencari pembekal produk mengikut susunan dibawah : 

Serahkan kepada Search Engine terkenal, pakcik Google

Bunyi macam lucu la pula, tapi Google banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah mencari pembekal. Banyak yang saya jumpa pembekal dropship, ada yang tawarkan dropship dan sebaliknya. Jangan risau, di Google setiap kali carian mencecah ribuan pembekal malahan puluh ribu orang. 


Dropship & Bisnes Borong China

Dropship

Mulakan berniaga online dengan dropship. Apa itu dropship ? Anda menjadi agen atau orang tengah bagi pihak pembekal anda. Tugas anda cuma promosikan barangan tersebut. Tak kisah laa anda nak jadi dropshipper brapa banyak pun. 

Yang penting masyukk !! hehe ..Dropship Tudung merupakan antara items yang laris dijual secara online. Terutama semasa musim perayaan tiba. Untung 15%-20% tu ok la kan. Andai kata anda menjual 50 pasang sudah banyak untung dapat. Income geli2.

Bisnes Borong China

Buat mereka yang ada modal boleh cuba memborong dari China.. Tak tau nak membeli dari China secara online?? Meh saya ajarkan..

Mula-mula anda cuba kumpul modal jual produk orang. Buat dropship je dari rumah. Lepas ada modal kan boleh la borong barang dari China.. Tau dak? Harga barang dari sana 30%-50% lebih murah dari pasaran kita?

Idea Produk Bestseller Dropship

Sebelum itu, mari kita baca kisah kejayaan usahawanita online ni. Beliau bijak mencari idea bestseller untuk produknya.



Kelebihan Agen Dropship

Menjadi agen dropship kepada pembekal anda seharusnya memudahkan kerja anda. Apa yang mudah? Tak perlu simpan stok melambak dan juga tak perlu pos barang. Suka tak ? Stor rumah anda kecil ? Jgn risau sebab anda tak perlu ruang untuk simpan stok bertimbun-timbun itu.


Cara Sistem Dropship Berfungsi

Bagi mereka yang tak tau nak cari stock produk anda boleh sertai mana-mana seller yang menawarkan dropshipping. Dropship tu maksud nya anda bayar harga modal + pos jika ada. Dan lebihan untung anda boleh simpan terus. Pos barang pula pembekal anda yang uruskan.



Tenaga Kerja Jimat Dropship

Memulakan bisnes dengan membuka kedai dan mengambil pekerja membebani aliran tunai kita kan ? Mana tak nyaa setiap bulan kena bayar sewa kedai, bil air, bil internet dan juga gaji pekerja.

Dropship tidak memerlukan pekerja dan juga sewa kedai. Tak perlu pening kepala untuk bayar gaji pekerja dan juga bayar sewa kedai. 

Pasaran Bisnes Dropship

Sudah join mana - mana supplier yang menawarkan dropship ? Dah dapat bahan promosi produk terbabit?

Nak menjual mesti kena ada pembeli bukan ? Pasaran online Malaysia sangat luas. Anda bebas menjual pelbagai jenis produk tanpa terikat dengan sebarang peraturan. Rata-rata produk yang laris dalam pasaran adalah produk yang sering mendapat permintaan. Contoh produk kosmetik dan kelengkapan bayi serta barang dapur.


Borong Barang Bayi di TaoBao

Salam, bagi mereka yang berminat berniaga !

Khas untuk usahawan barang bayi, kalau anda jual barang bayi secara online ini peluang untuk anda buat untung secara maximum. Anda tak perlu pergi China pun nak borong barang bayi. Perkakas bayi seperti baju, seluar, kain lampin, baju budak, dan banyak lagi boleh dapat kat Taobao je. Nak tahu lebih lanjut?

Berita baik juga untuk dropshipper yang berminat menjual barang bayi. Anda tak ada modal banyak kan? Kalau stakat RM500 tu dah rasa ok untuk memulakan perniagaan internet ni lah jual barang bayi. 

Pernah anda terfikir sebuah laman web Taobao? Uolss tau tak, kebanyakkan pemborong ambil barang kat sana. Dah la boleh dapat dengan harga superb murah. Memang beruntung banyak kalau anda balik jual di Malaysia. Cuba tengok barang beby kat bawah ni? 

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023