Pengalaman Pergi Pulau Nami Korea

Hai, 

Kalau pergi Korea mesti tak terlepas peluang untuk berkunjung ke Pulau Nami. Fuh.. Kalau nak bergambar ni memang cantik view disini. Dengan pokok-pokok yang ditanam bersusun cantik pasti memberikan memori indah buat pelawat yang berkunjung ke sini


Pulau Nami terkenal semenjak meletusnya Winter Sonata, hah.. kalau korang yang belum pernah kesana memang banyak sangat momen lama dalam cerita tersebut ada disini. Kalau ada rezeki melawat Korea boleh jejak kaki ke Pulau Nami.

Tiket naik feri cuma 8,000 won pergi balik. Turut disediakan flying fox dengan kos 38,000 won sahaja. Geng kami kesana awal Mac pasti merasai lagi kesejukkan udara sampai ke tulang. haha.. 

TIPS: Pastikan anda pergi seawal dibuka, kalau pergi lambat kannn, view dah tak cantik sebab ramai org. Memang penuhh giler, nasib baik kami bertolak ke sana seawal jam 7:00 a.m waktu Korea.. sampai terus beli tiket feri..10:00 a.m terus berlepas ke Nami Island ..  


Dalam feri sebelum berangkat


Bergambar di jeti dgn snow men, masa ni winter, sejuk sangat


Pintu feri, sebelum masuk.. hehe.. 


Dalam feri, selfie ramai2


Ada ais, dah suasana berkabus..


Pelawat boleh menikmati makanan halal di Pulau Nami, hanya ini sahaja restoran halal. Mujur ada kan... surau pun ada sebelah restoran ni juga...


Makanan halal kat asian cuisine, 10,000 won. banyak lagi menu asia disana


Dari jauh boleh nampak. mudah je nak detect. Signboard hijau



Menarik ! Burung unta pun ada, tahan sejuk ekk??


Signboard tulisan korea, tandas takde air ! ahaha


Adegan winter sonata



arca orang batu


Greeting language


Kawasan belah blakang, sambil jalan kaki sambil bergambar !


Bawa bekal, strawberry 5,000 won untuk 2 bekas. murah !! RM19++


Padang yang luas, sbelah belakang


Masih belum ada orang yang ramai. Sebab tu anda kena pergi awal. Boleh selfie sampai lebam yer

Ermm, itulah serba sedikit pengalaman travel ke Pulau Nami sebelum balik

Alamat : 1 Namisum-gil, Namsan-myeon, Chuncheon, Gangwon-do, South Korea
Operasi : 7:30AM–9:45PM
Wilayah : Gangwon Province, South Korea

- Selamat bercuti ke Pulau Nami

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023