Review Cuba AIKEN Moisturizer (Pelembab AIKEN)

 Hi,

Mencari pelembab untuk kulit muka berminyak dan berjerawat mudah skrg. Wujudnya Watson, Guardian, Caring, AEON Wellness dan seumpama memudahkan kita mencari set penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit muka

Beli waktu sale di Guardian, harga asal Rm12++, sale cuma RM8.94

Okay, untuk kulit muka berminyak dan ada jerawat sesuai lah sangat apply aiken moisturizer selepas anda pakai toner. Kira langkah terakhir lah aiken moisturizer ya. Biarkan di wajah sehingga aiken moisturizer benar-benar meresap tanpa kesan melekit. Biar wajah kita lembab-lembab tak kekeringan gituu


Tekstur nya ringan dan mudah disapu serta tidak meninggalkan kesan stain membuatkan saya love sangat dengan produk ni. Muka berminyak dan berjerawat orang kata tak boleh apply pelembab berbentuk krim likat sebalik nya perlu memilih yang jenis gel like


Cara Penggunaan :

Sapu rata pada muka dan juga sekitar leher


Aiken moisturizer bau dia seperti minyak teh hijau. Lepas uolls sapu tu bau tenang je dan tidak merengsakan hidung haa. Kan ada sesetengah produk bau kuat, saya pun boleh terbersin gituuu.. Kalau sesiapa kulit berminyak boleh consider guna aiken moisturizer


Harga sekotak 75ml ni tak mahal mana, sesuai untuk anda yang berjimat cermat. Belasan ringgit sahaja

AIKEN
Tea Tree Oil Moisturiser 75ml

Pelembab muka AIKEN yang mengandungi Tea Tree Oil, agen anti-bakteria semula jadi yang membantu membunuh bakteria penyebab jerawat

>> Mengandungi Tea Tree Oil (Melaleuca Alternifolia) untuk membantu melindungi kulit daripada jerawat secara semula jadi

>> Ringan, rumusan berasaskan air dan bebas minyak sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi

>> Dirumus untuk menghilangkan minyak berlebihan, mengawal kilauan dan memperbaiki liang pori

>> Membantu menenangkan dan menghidrat kulit

>> Penggunaan secara teratur menjadikan kulit bebas jerawat

p/s : Dah nak habis sy guna. 2x sehari je lepas cuci muka

Haa.. ini lah rupa aiken moisturizer. Satu bekas tu banyak, 75ml dan boleh bertahan lebih tau sebulan. Lagipun pakai sedikit je. Calit dimuka , leher, sekitar dagu dan dahi. Lepastu ratakan dan tepuk-tepuk manja skit ~~ Suka nyaa ..


Waterbased like cream dengan bau-bauan segar tea tree. Saya dah lama pakai aiken moisturizer dan belum tukar apa-apa pelembab lain lagi. Masa jerawat naik pun boleh je sapu-sapu sebagai rutin skincare. Mudah saya nampak ye, parut-parut merah jerawat cepat juga pudar dan kulit bertambah baik


Haa.. pernah tak anda guna BioEssence Bio Water? yg ni pun ok juga kalau nak pudarkan parut jerawat sebab dalam Bio Water ada Niacinamide tau. Sembur Bio Water dulu sebelum aiken moisturizer

Baca juga review Krim Jerawat AIKEN disini, -->> KLIK SINI 
AIKEN dah keluarkan Moisturizer baru tahun 2022 -->> KLIK SINI
Sekian...

p/s : Dah guna AIKEN ke? Moisturiser jenama apa anda guna? Komen lah di bawah 


1 comment:

  1. Assalammualaikum wr wb... nk tanya Aiken ni bleh pakai pada semua jenis kulit?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023