Cara Buat Add On Air Asia Selepas Booking

Hai,

Anda seorang traveller? Sering juga membuat tempahan tiket Air Asia ketika FreeSeat mahupun hari biasa kan. Tapi masa murah kekadang kita lupa dan tak berminat lagi nak buat Add On seperti makanan, bagasi tambahan, insurance, nak pilih seat Air Asia dan juga shopping barang bebas cukai. 

Photo by airasia page

Nasib baik ada kemudahan Add On nie, mungkin kita akan fikir untuk beli kemudian senarai diatas kan.. Cara nak beli pun mudah

Jangan risau, kini pihak Air Asia menyediakan perkhidmatan Add On secara mudah atas talian walaupun anda sudah siap membeli tiket. Dan yang paling saya suka adalah anda takperlu login pun. Tapi seharusnya anda mestilah ada nombor booking ya ...

Sebelum ni kita kena login dulu baru boleh add on dan perkara ini memakan masa bagi siapa yang mahu cepat.. Sekarang takperlu login lagi yup

Ikuti langkah dibawah siap dengan gambar :

#1 : Masuk website airasia.com, lepastu klik "Bag, Meals & Seat"


#2 : Paparan berikut akan muncul. Isikan semua maklumat diatas

#3 : Tadaa, dah keluar.. Boleh pilih mana-mana add on yang nak.. Lepas tu klik seterusnya

Photo by airasia page

#4 : Akhir skali, boleh pilih payment gateway yang sesuai ya.. Nanti anda akan dapat itinerary baru beserta add on yang anda beli... 

Anda boleh membeli peruntukan bagasi tambahan secara dalam talian atau di lapangan terbang. Nikmati lebih penjimatan apabila anda membuat pra-tempahan bagasi secara dalam talian sebelum ke lapangan terbang. Jimat beli online ye, kalau beli di kaunter pun dia kira per blok

Sekiranya anda mahu menaik taraf bagasi berdaftar boleh je nak add on 4 jam sebelum waktu berlepas yang dijadualkan

Senang je kan, lepas ni kalau tertinggal boleh beli apa-apa add on yang anda mahukan.. untuk add on anda boleh beli selewat-lewatnya sebelum berlepas lah ye.. 







No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023