Mee Segera Serda: Rasa Masam & Pedas

Hi,

Tatkala termenung..nampak lah si mee segera yang di panggil SERDA ni.. Kalau di Kelantan istilah megi siam. Memang pun disitu ada tulisan Thai yang tidak asing lagi kalau produk macam ni mula masuk di kawasan pantai timur terutama Kelantan

Mee segera SERDA ni memang popular suatu ketika dahulu kerana rasa nya yang unik dan berbeza dengan mee segera sedia ada di pasaran Malaysia. Mee segera SERDA dijual dalam pek seperti dibawah dan kalau anda nak banyak untuk dijual, maka ada je dah siap pack dalam kotak. Sekotak ada 30 bungkus tau!



Mee segera SERDA ni boleh dimasak begitu sahaja ringkas dan mudah. Hanya panaskan air sehingga mendidih dan masukkan perencahnya. Last skali masukkan mee. Agak dah lembut angkat terus, jangan biarkan lama-lama nanti overcook.

Didalam satu pek 60gm je uolls beratnya. Macam gambar tu je laa yang ada.. Mee kering, perencah dan minyak.. Mee tu kalau uolls nampak memang dah ranggup dan siap masak. 

Perencah tu memang kaw kaw dia punya rasa masam tomyam. Buat peminat tomyam boleh cuba mee SERDA pek merah ini. Boleh cari dimana-mana kedai yaa

2 bungkus kalau anda seorang makan pun dah cukup. Ini packaging terbaru yaa.. ada tulisan jawi, tulisan Thai dan English. Pada bungkusan ada tulis Tomyam Shrimp Flavour

ini rupa yang sudah mereneh dan siap untuk dihidangkan. Boleh tambah sayur, fishball dan lauk lain jika berminat. Senang cakap, ikut citarasa uolls lah

Ada sesetengah orang buat kerabu maggi. Mee segera SERDA elok tau kalau nak buat kerabu megi sebab nya mee ni kenyal dan tidak mudah kembang. Celup ajer sekejap dalam air panas pun dah ok!

Kalau nampak boleh baca bahan-bahan dalam mee ni dan juga perencah

AWAS! Jika anda tak tahan pedas lebih baik jangan makan. Dan satu lagi, jenis perut sensitif tak boleh sentuh masakan yang pedas pun dilarang mencuba hahaha

Akhir kata, mee segera SERDA ni boleh makan tapi jangan lah kerap sangat. Rasa dia seperti tomyam dan pedas. Takperlu dah nak perah asam limau lagi ya ..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023