Potensi Ternak Kambing Untung Lumayan

Hi,

Jika anda seorang usahawan kambing, ternyata usaha itu bukan sia sia. Orang beli kambing kebanyakkan untuk daging nya betul kan? Tapi hasil untuk seekor kambing boleh kita pelbagai kan bentuk pendapatan

Sekarang, industri ternakan kambing pun dah makin berkembang. Dengan adanya teknologi, kini ramai usahawan ternak kambing muncul untuk menampung permintaan terhadap daging kambing segar serta yang nak saya ceritakan harini ialah SUSU KAMBING


Selain daging kambing, susu kambing juga antara nilai komersial yang tinggi untuk penggemar susu kambing. Betul, susu kambing asli dan segar sukar didapati di kedai terbuka dan hanya mudah diperoleh di ladang ternakan sahaja

Mungkin ada dalam kalangan anda ni suka susu kambing berbanding susu lembu? Ini adalah 5 kebaikkan susu kambing yang ramai orang tahu tapi lupa. Antara kebaikkan susu kambing ialah :

1. Mudah dicerna

Haa, susu kambing memang mudah dicerna tau.. Gumpalan lemak dalam susu kambing lebih kecil, dan ini menjadikan susu mudah dicerna. Apabila sampai ke perut, protein dalam susu kambing membentuk susu yang lebih lembut dan ini juga mengurangkan kerengsaan yang mungkin dialami oleh susu lembu. Hebat kan??

2. Melawan Keradangan

Kajian telah mendedahkan bagaimana susu kambing dapat digunakan sebagai suplemen untuk merawat keradangan pada manusia. Susu kambing asli boleh mencetuskan tindak balas imun semula jadi dan adaptif dalam tubuh manusia, dan ini dapat membantu memerangi keradangan..

3. Baik Untuk Jantung

Susu kambing adalah sumber magnesium yang baik & bermanfaat untuk jantung. Magnesium membantu mengekalkan dengupan jantung yang tetap dan juga menghalang pembentukan bekuan darah

4. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Susu kambing kaya dengan asid lemak dan trigliserida, yang menjadikannya sangat baik untuk kulit. Dan kerana susu adalah alkali, ia tidak merengsakan kulit. Selain itu, susu kambing juga mengandungi vitamin A yang merupakan satu nutrien penting untuk kulit. Asid laktik dalam susu menghidrat dan mencerahkan kulit anda

5. Baik Untuk Intoleransi Laktosa

Susu kambing juga lebih rendah laktosa berbanding susu lembu. Ia adalah pilihan untuk sesiapa sahaja yang alahan laktosa dan tidak minum susu lembu. Susu kambing juga mudah dicerna oleh perut sensitif.

Buat anda yang mula berjinak-jinak dalam usaha tani untuk menternak kambing, lebih baik anda belajar dengan orang yang ada pengalaman, boleh baca disini, KLIK SINI



Sebagai konklusi, minum susu kambing pun anda dapat faedah.. Lebih-lebih lagi anda pula ni usahawan ternak kambing. Dapat minum free dan disamping itu dapat juga tampung perbelanjaan harian dengan menjual susu kambing

Sekian...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023