Produk Keperluan dan Produk Kehendak

Dari ABS: Produk Keperluan dan Produk Kehendak 

Bisnes menjual tepung gandum dan bisnes menjual roti budak sekolah adalah contoh barang keperluan.

Banyak peniaga Melayu mengambil hutang bank dengan mencagarkan hartanah bagi memulakan bisnes dalam sektor barang-barang kehendak. Barang sukar dijual, hutang gagal dibayar, hartanah dilelong oleh bank.
  • Membuka kedai makan nasi campur adalah bisnes keperluan. 
  • Membuka kedai makan nasi Arab adalah bisnes kehendak.
  • Membuka bisnes kafe kopi adalah bisnes kehendak. 
  • Membuka restoran salad buah-buahan adalah bisnes kehendak.
Permintaan bagi barang-barang keperluan sentiasa ada sepanjang tahun. Dalam keadaan ekonomi sihat mahupun gawat, orang tetap membeli barang-barang keperluan.

Dengan pertambahan jumlah penduduk, permintaan barang-barang keperluan sentiasa semakin meningkat.

Fokus Pada Produk & Fokus Kepada Pelanggan

Dari ABS: Fokus pada produk & Fokus pada pelanggan

Dalam teori bisnes lama, kita disuruh fokus kepada produk. Fikirkan produk, produk, produk....

+ Fikirkan produk apa yang hendak dijual.
+ Fikirkan produk apa yang kita hendak buat.
+ Fikirkan apa bahan yang hendak digunakan.
+ Fikirkan di mana hendak belajar membuatnya.
+ Fikirkan nama produk.
+ Fikirkan kuasa-kuasa ajaib yang ada pada produk itu.
+ Fikirkan orang lain sudah membuat macam produk itu ataupun belum.

Lalu banyaklah kursus dijalankan yang mengajar peniaga Melayu membuat produk itu, dan produk ini.

Lalu banyak penjual mesin-mesin itu dan ini yang diperlukan bagi mengeluarkan produk-produk itu. Lalu banyaklah mesin-mesin itu dibeli oleh peniaga Melayu.

Macam-macam produk dibuat oleh peniaga Melayu.


Rahsia & Panduan Bina Produk Jenama Sendiri Terbongkar

Memiliki produk jenama sendiri sememangnya menjadi idaman setiap usahawan dan bakal usahawan. Serta, mana-mana individu yang berminat untuk bebas dari masalah kewangan.

Tetapi rata-ratanya tidak tahu bagaimana proses dan cara yang betul dalam mengeluarkan produk jenama sendiri.

KETAHUI rahsia cara menghasilkan produk jenama sendiri seperti syarikat-syarikat lain yang ada di Malaysia ..

Produk sendiri meliputi produk kesihatan dan kecantikkan sememangnya permintaan hangat masa kini. Semua orang nak cantik blaker.

Mohd Ilham Rusli telah  membongkarkan rahsia seperti :

  • Contoh-contoh idea produk yang mendapat permintaan di pasaran
  • Bagaimanakah R&D terhadap produk dilakukan
  • Proses kelulusan KKM & Logo HALAL
  • Kajian pasaran
  • Kaedah memasarkan produk

...dan banyak lagi 'rahsia' tersebut...

Baru-baru ini saya telah membeli sebuah ebook bertajuk ‘Rahsia bina Produk Jenama Sendiri’ hasil penulisan saudara Mohd Ilham Rusli.

Beliau berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang perniagaan dan memiliki 7 produk jenama sendiri. Ebook ini ditulis dengan tujuan agar lebih banyak usahawan yang memiliki produk jenama sendiri pada masa akan datang.

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023