Produk Keperluan dan Produk Kehendak

Dari ABS: Produk Keperluan dan Produk Kehendak 

Bisnes menjual tepung gandum dan bisnes menjual roti budak sekolah adalah contoh barang keperluan.

Banyak peniaga Melayu mengambil hutang bank dengan mencagarkan hartanah bagi memulakan bisnes dalam sektor barang-barang kehendak. Barang sukar dijual, hutang gagal dibayar, hartanah dilelong oleh bank.
  • Membuka kedai makan nasi campur adalah bisnes keperluan. 
  • Membuka kedai makan nasi Arab adalah bisnes kehendak.
  • Membuka bisnes kafe kopi adalah bisnes kehendak. 
  • Membuka restoran salad buah-buahan adalah bisnes kehendak.
Permintaan bagi barang-barang keperluan sentiasa ada sepanjang tahun. Dalam keadaan ekonomi sihat mahupun gawat, orang tetap membeli barang-barang keperluan.

Dengan pertambahan jumlah penduduk, permintaan barang-barang keperluan sentiasa semakin meningkat.

Tidak begitu keadaannya bagi permintaan barang kehendak. Apabila ekonomi lembap, orang perlu berjimat, permintaan barang kehendak pun jatuh.

Ini tidak bermakna ahli-ahli ABS tidak digalakkan menjalankan bisnes barang-barang kehendak. Ini hanya bermakna bahawa bisnes barang-barang keperluan adalah bisnes yang ideal.

Kelemahan bisnes barang keperluan adalah margin keuntungannya yang sangat nipis. Ini bermakna kita perlu main volume.

Keuntungan menjual gandum adalah sen-sen sahaja sekilo. Tetapi kita dapat menjual bertan-tan sehari.

Keuntungan menjual roti budak sekolah adalah sen-sen sebiji. Tetapi kita dapat menjual ribuan biji roti setiap hari.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023