Fokus Pada Produk & Fokus Kepada Pelanggan

Dari ABS: Fokus pada produk & Fokus pada pelanggan

Dalam teori bisnes lama, kita disuruh fokus kepada produk. Fikirkan produk, produk, produk....

+ Fikirkan produk apa yang hendak dijual.
+ Fikirkan produk apa yang kita hendak buat.
+ Fikirkan apa bahan yang hendak digunakan.
+ Fikirkan di mana hendak belajar membuatnya.
+ Fikirkan nama produk.
+ Fikirkan kuasa-kuasa ajaib yang ada pada produk itu.
+ Fikirkan orang lain sudah membuat macam produk itu ataupun belum.

Lalu banyaklah kursus dijalankan yang mengajar peniaga Melayu membuat produk itu, dan produk ini.

Lalu banyak penjual mesin-mesin itu dan ini yang diperlukan bagi mengeluarkan produk-produk itu. Lalu banyaklah mesin-mesin itu dibeli oleh peniaga Melayu.

Macam-macam produk dibuat oleh peniaga Melayu.


Hasilnya, kita dapat tengok banyaknya produk yang tidak pernah wujud sebelumnya, sekarang ini sudah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat Melayu.

Dalam teori bisnes baru, kita disuruh fokus kepada pelanggan. Fikirkan pelanggan, pelanggan, pelanggan....

+ Pelanggan mahu apa?
+ Apa masalah pelanggan?
+ Apa yang menyusahkan pelanggan?
+ Apa citarasa pelanggan?
+ Apa keinginan pelanggan?
+ Apa ketakutan pelanggan?
+ Pelanggan mahu yang macam mana?
+ Pelanggan tidak suka apa?

Selepas kita dapat menjawab persoalan-persoalan itu, barulah kita fikirkan produk yang macam apa yang kita mahu tawarkan kepada pelanggan.

+ Ada produk kopi campuran keluaran syarikat Melayu. Di luar kotaknya disenaraikan 22 bahan yang digunakan dalam kopi itu. Salah satu bahan itu adalah susu kuda liar!!!

+ Ada seorang gadis Melayu di Utara. Dia baru berusia 22 tahun. Selepas menghadiri kursus-kursus produk, dia berjaya mengeluarkan produk-produk kecantikannya sendiri! Baru 22 tahun sudah menjadi pakar kecantikan.... Hutang bank berpuluh ribu. Geran tanah bapa menjadi cagaran pinjaman bank. Harga jualannya tidak masuk akal. Stok tidak bergerak. Bunga pinjaman bank tiap-tiap hari semakin menokok.

Tips Ini Dibawakan Oleh Ainon Mohd, Founder PTS

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023