Kuih Lapis Tepung Beras Buat Sendiri

Waktu cuti datang lagi! Kalau masa cuti ni lah kita rajin skit nak cari resepi untuk dibuat. Resepi kita yang mudah-mudah je sebab nak cepattt. Lagi cepat masak, lagi cepat boleh makan. Hahaha . Dapat idea ni haa, Kuih Lapis

Tengok orang jual kat pasar minggu tak terfikir nak buat sendiri . Mungkin malas nak buat satu lapis demi lapis sehingga siap. Tapi, sebelum ni saya jenis tak amik kisah camne nak buat kuih lapis ni . So, kita tau makan je la

Rupanya, nak buat kuih lapis versi mudah ni tidak terlalu cerewet sangat nak cari bahan-bahan mentah. Siapa suka makan kuih lapis dan berhajat untuk buat sendiri dari rumah boleh ikut resepi yang saya dah cuba ni, Kuih Lapis Tepung Beras Homemade!!


Ok, ini rupa dia.. Gebu, lembut dan sesuai untuk budak-budak

Cara Buat Laksam Kelantan Simple

Hujung minggu tak tau nak buat apa kan. Rasa nak makan laksam kelantan. Kalau pergi Kelantan memang mudah nak jumpa laksam. Memang sedap sangat, kalau makan sekali pasti nak tambah lagi. Oh, laksam kelantan ni nak buat pun mudah. Stakat nak makan anak branakk mudah je buat sendiri kan. Yang penting, bahan-bahan mentah pun senang nak beli di kedai runcit je pun

Resepi laksam simple dan mudah, Kalau nak ikut boleh guna bahan-bahan dibawah ini :

  • Tepung beras 3 cawan
  • Tepung gandum 1/2 cawan
  • 1 sdu besar tepung ubi kayu (takde takpe)
  • 5 cawan air
  • Garam skit nak bg ada rasa
  • Minyak 1 sudu

Cara membuat nya :

1. Bahan diatas tu anda campur semua skali dalam satu bekas besar dan kacau
2. Panas kan pengukus
3. Dalam pengukus kena letak tudung periuk jenis leper. Tak nak ada bonggol tau hehe
4. Oleskan sedikit minyak pada penutup periuk
5. Letak lah sedikit adunan tadi dan biarkan 5-7minit sampai adunan tu masak
6. Nak tau adunan dah masak, tepung tu naik gelembung2 udara
7. Boleh angkat dan gulung seperti dibawah

p/s: Guna cawan yang sama. Cawan yang minum kopi pun boleh. Jenis cawan pendek


Campur kan semua bahan diatas lepas tu kacau lah bagi sebati. Jgn berketul tau!

Pertama Kali Makan Mee Kolok Sarawak

Hai,

Dah cuba ke makan mee kolok?

Kalau bertandang ke Sarawak tak sah kan tak cuba dan cari mee kolok. Memang la tak dinafikan kalau nak cari mee kolok asli ternyata skali banyak di Sarawak . Dah pun asalnya disana mee kolok kan. Bagi kami yang julung kali sampai kesana of course lah nak rasa dan cuba mana yang sedap

Cara Mudah Semak/Check Baki Akaun ASNB

Hai,

Tengah tunggu Dividen ASNB ke tu? Tau tak nak semak baki ASNB kini dihujung jari !

Buat mereka yang sudah membuka akaun ASNB, kini tidak susah lagi jikalau tuan/puan nak semak baki semasa ASNB. Sudah boleh semak online melalui Portal MyASNB dan juga melalui Maybank2u.

Saya nak cerita pasal Maybank2u je ni. Tak perlu daftar, Maybank sudah autolink dengan pemilik akaun guna IC sama kan.. gituuu

Melalui Maybank2U apps/dekstop :

  • Log masuk ke Maybank2U anda melalui apps atau dekstop
  • Tekan menu diatas dan cari  perkataan Wealth
  • Akaun ASNB anda sudah dilink . Just tekan View untuk paparan baki semasa
  • Baki akaun dipaparkan serta merta
Perhatikan gambar dibawah, mudah je,

ASNB di pautan ini. Klik Wealth yaa . Tak perlu daftar, sudah autolink

Beli Bagasi Baru Lagi

Hai,

Kita baru je beli bagasi baru, memandangkan yang lama dah rosak, tayar sudah tercabut maka saya dengan ini sepantas kilat membuka apps Shopee pada asalnya nak cuci mata je. Eh, banyak pula bagasi yang sesuai untuk buat melancong

Saiz 20inci sesuai untuk handcarry

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023