Review : Resort Cantik & Berpatutan di Kundasang

Hai,

Kundasang.. tidak asing lagi kalau anda melancong ke Sabah wajib singgah di sini. Sejuk dan nyaman saja kerana kawasan nya diatas bukit dan dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2 jam juga. 


Buat anda yang ingin bercuti ke Kundasang tatkala akan mencari penginapan yang sesuai untuk seisi keluarga kan. Ok! macam tu la juga saya. Puas saya mencari merata untuk sebuah penginapan yang selesa, luas dan harga tidak mencekik poket anda. Hahahaha

Kaunter pendaftaran... lobi... check-in disini


Pergi Kundasang dah lama dah. Tapi baru nak ada idea tulis dalam blog. Harap sudi lah baca ya. Yang mana terkurang mohon diampun

Di Kundasang, memang banyak juga pengusaha resort, hotel mahupun homestay dengan pelbagai harga. Kena pandai pilih dan cari mengikut kesesuaian anda. Kawasan sana kan berbukit, jadi nya banyak lah penginapan di lereng bukit

Saya pilih Zen Garden Resort sebab kawasan ni dekat dengan Pekan Kundasang dan juga kawasan resort ini cantik serta bersih. Bangun pagi sudah nampak pemandangan Gunung Kinabalu depan mata. Memang puas hati!

Ambil kunci disini dan proses check in haritu lancar saja

Bestt nyaa Zen Garden Resort .. sejuk sejuk gerimis mengundang begitu.. Bangun pagi buka tingkap terus hirup udara segar. Memang nyaman dan jauh dari kesibukkan kota. Kalau dapat stay sini lama-lama pun boleh juga kann. Ramai juga pelancong datang sini

Dari segi harga, tak mahal sangat pun. Untuk bilik yang luas selesa harga tak silap saya booking OYO tempoh hari bawah RM100, sebab dapat kupon hehe. Tak ada kupon tak merasa lah harga promosi. Katil empuk, bilik air luas , kawasan parking pun banyak

View waktu pagi yang indah, masa ni hujan gerimis

Cantik sangat view taman depan bilik, snap gambar satu

Kalau anda nak BBQ pun boleh. Ada gazebo khas untuk BBQ tapi kena sewa tak silap saya lah. Kawasan pun bersih dan selesa

Harga saya dapat RM90/1malam
Twin bed, pemandangan belakang ni ada hutan dan kolam ikan. ada meja diletakkan skali

Harga RM110/1malam
1 double bed + 1 single bed, muat untuk 3 orang. Buka pintu bilik nampak Gunung Kinabalu terus

Kemudahan dalam bilik ada heater, ada kipas, tuala diberi, shower gel dan penyidai baju. Aircond tak ada. Malam lagi sejuk, diam-diam dalam selimut sambil dengar suara cengkerik. Untuk cas gadget, ada beberapa plug disediakan

Kira ok sangat lah Zen Garden Resort, saya suka, saya suka . Sekian review saya 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023