Spot Mandi Manda di Pulau Beras Basah, Langkawi

 Haaa, Hi

Kalau anda ambil pakej Island Hopping tu kan, mesti ia include skali pergi trip ke Pulau Beras Basah. Pantai disini lawa sangat dan mengasyikkan tau. Cuti hujung minggu kita pergi Pulau Beras Basah sebab ni trip kekawan nak jejalan di Langkawi. Pulau ni kena naik bot dari jeti dan bukan nya boleh jalan kaki haha

Ceria dan menggembirakan. 

Satu bot memang dah dihadkan 10 orang sahaja dan kita kena ingat masa nak balik nanti. Tak boleh main terjah naik bot orang lain. Pakej Island Hopping ni saya ambil terus dengan hotel. Amat berbaloi untuk trip 4 jam dengan harga yang kami bayar cuma RM30.00

Datang ke Pulau jgn nak bergaya sangat, nanti comot habis

Pulau Beras Basah ni sesuai untuk port mandi manda ye. Nanti boatman akan drop anda di pesisir pantai dan anda bebas mandi manda. Masa diperuntukkan disini 1 jam. Takpayah mandi lama-lama sebab disini kalau ketengah hari dah panas

Kalau nak mandi manda, boleh ambil trip awal pagi atau petang. Sesuai lah cuaca teduh dan menyeronokkan. Nak berselfie pun cantikk sangat!!

Wan.. kawan saya. Suka sangat jumpa air

Pulau Beras Basah tak ada resort. Pengunjung cuma datang dan pergi bertukar setiap masa. Orang ramai mari pun nak mandi-manda sahaja. Jaket keselamatan kena bawa ya kalau tak pandai berenang. Bagi yang tak berapa suka air, anda boleh stay dalam bot sementara menunggu penumpang bot anda kembali


Yeahh, dah siap mandi manda kita balikkk cari makan pula. Perut dah lapar dan masa untuk shopping dan makan-makan ..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023