Cameron Highland Bersama Kawan-Kawan

 Hi,

Manfaatkan hujung minggu tidak kira dimana jua anda berada. Mungkin ada orang suka melancong sambil bergelak ketawa dengan rakan-rakan  termasuk lah saya tu.. Ok, trip kita kali ni dah lama sebenar nya teringin nak pergi Cameron Highland 🍓

Ye la kan, tempat jauh-jauh dah pergi ini kan pula yang dekat. Tak kurang hebatnya, Cameron Highland pun best juga dengan udara yang nyaman sejuk sejuk sampai ke anak tekak dibuatnya waktu pagi. Nasib la kannn. Rancang nak pergi je terus on saja lahh

Dari KL kami bertolak awal pagi dan sempat berhenti solat di RnR Tapah serta makan sarapan pun disitu. Oh, RnR Tapah agak luas dan besar juga serta selesa. Surau nya pun terbuka dan mudah je nak solat. Kedai-kedai makan pun banyakk juga. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai Cameron Highland 

Cactus Point.. tempat kesukaan mak-mak ni. Kaktus pun murah-murah juga. Rambang mata dibuatnya. Tak beli sebab tak ada tempat nak letak kaktus. Pergi tengok kawasan saja dan masuk adalah percuma

Waktu hujung minggu memang ramai saja orang. Tapi kami ok sajaa pasalnya kita pergi trip kekawan dan tak ada budak-budak kecil. Haaa gituuu. Kita pun excited macam budak-budak juga kalau bab berjalan, seronok punya pasal katakan!

Perlu ingat ye, kena berhati-hati sebab jalan ke sana agak mencabar dan berliku-liku bagaikan ular kena palu. Boleh termuntah pening. Dah excited punya pasal, kami redah saja lah. Lagipun kita bawa pemandu mahir hari-hari bawa Grab

Dapat katil .. lega.. perjalanan seharian memenatkan

Sampai sana agak petang sebelum check in hotel, Kea Farm Hotel di Brinchang. Hotel ni sebelah Kea Farm pasar pagi. Memang ramai giler orang. Nasib baik parking hotel sediakan, kalau tidak jenuh nak mencari sana sini. Untuk  ke pasar Kea Farm anda perlu jalan kaki saja

Stoberryy.. manis dan ada masam-masam sikit . Harga berbeza ikut saiz


Menikmati pemandangan yg superbbb dan angin sejuk damai mempesona kata Syahmi


Sebelum tu, kita beli cenderahati dan makan stoberry lagi


Kea Farm pasar pagi .. jagung cameron, stoberry, anggur dan keledek manis serta sayur-sayuran tanah tinggi


Menikmati teh & kek di Boh Cafe, kek dia sedap

Serba sedikit perjalanan yang tak padat mana ni . Kami pergi pun tak lama, 2 hari 1 malam saja. Semoga dapat pergi lagi dan duk lelama skit barulah fefeling ala-ala Korea musim sejuk

Sekian




2 comments:

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023