Nak Tahu Resepi Ikan Keli Masak Serai ?

Keli Masak Serai
Kiriman: cheflona
Sumber: mymom resepi
Hits: 37 Rating: 0.00 Review: 0


Bahan-Bahan:
3 ekor ikan keli sederhana besar (dipotong 2)
serbuk kunyit
garam
sedikit cili boh
Bahan A :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 batang serai
½ inci halia
5 batang lada besar (merah)
10-12 biji cili padi


2 biji tomato (dipotong 8)
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
garam
gula
minyak

Cara Buat:
- Ikan keli dipotong kepada 2 bahagian dan diperap seketika dengan serbuk kunyit, garam dan cili boh dan kemudian digoreng

- Bahan-bahan A dikisar halus
- Panaskan minyak dan tumis bahan A yang telah dikisar halus
- Tumis sehingga naik minyak
- Masukkan garam dan gula
- Masukkan sos cili dan sos tomato
- Masukkan ikan keli yang digoreng tadi dan kacau sehingga sebati
- Kemudian masukkan tomato yang telah dipotong 8

Cadangan Hidangan:
Untuk 3-5 orang

Tambahan:

Boleh juga kalau nak tambah sayur dalam masakan seperti kubis bunga , brokoli atau lobak merah tapi jangan banyak2 nanti jadi masak paprik pulak....


Ketahui rahsia perniagaan Ikan Keli yang menguntungkan melalui Ebook Panduan Pembenihan dan Penternakan Ikan Keli. Ia memimpin dan mengajar anda bagaimana memulakan perniagaan Ikan Keli melalui kaedah yang mudah dengan kos yang rendah serta menjamin keuntungan berlipat ganda.Masuk sini, Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli

3 comments:

  1. siapa yang suka makan ikan keli mesti suka dengan resepi ni. Aku tak makan ikan keli..geli. hahha

    ReplyDelete
  2. kalau boleh letak gambar ikan keli serai yg telah siap dimasak bg menambah selera.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila komen. Sepatah pun ok. Tolong jaga etika komen anda. Komen yang sensitive akan dipadam tanpa NOTIS ^_^

Iklan Tajaan





Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | Tajaan Fiqmall.my