Panduan Peperiksaan Soalan Pegawai Arkib S41

Jabatan Arkib membuka pengambilan jawatan kosong untuk jawatan Pegawai Arkib S41. Oleh kerana terlalu banyak permohonan dilakukan oleh graduan, pengambilan sesi kali ini dilakukan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Berita buruknya, calon tidak akan dipanggil ke sesi temuduga jika tidak lulus ujian bertulis. Yup, kena exam bertulis dulu... 

Berita baiknya, jika anda dipanggil, anda harus mula buat persediaan dan anda boleh gunakan contoh soalan disini . Agar soalan Panduan Peperiksaan Pegawai Arkib S41 kali ini memberi intipati positif untuk anda menjawab soalan nanti.

Ringkasnya, sedikit maklumat yang saya petik di web SPA info tentang Pegawai Arkib Gred S41 adalah seperti berikut:

Kumpulan: Pegawai Arkib S41 tergolong dalam kategori pengurusan dan profesional

Kementerian/Jabatan: Anda ditempatkan di Jabatan Arkib Negara

Jadual Gaji, boleh lihat dibawah :

Gaji Minimum: RM1,909

Gaji Maksimum: RM8,644

Kadar Kenaikkan Gaji Tahunan: RM225

Syarat Lantikan:

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji Permulaan : RM 2,112.86] dan Lulus B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Arkib adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Arkib Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
  • Mempunyai kelayakan di atas; atau
  • Lulus Peperiksaan Khas; dan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Deskripsi Tugas:

Mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana Negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.


Di bawah ini saya sediakan sedikit format peperiksaan dan contoh soalan peperiksaan Pegawai Arkib S41. Semoga ianya dapat membantu anda semua. Sebenarnya peperiksaan Pegawai Arkib adalah bersamaan dengan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang lain. Ianya tidak jauh berbeza. Peperiksaan Pegawai Arkib S41 dibahagikan kepada empat seksyen:

Seksyen A : Pengetahuan AM
Seksyen B : Daya menyelesaikan masalah
Seksyen C : Karangan Esei BM
Seksyen D : karangan Esei Bahasa Inggeris
Seksyen A : Pengetahuan AM

Soalan peperiksaan pegawai arkib S41 di seksyen ini adalah bertujuan untuk menguji calon dengan soalan pengetahuan umum dan keadaan semasa. Ianya meliputi isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara. Tetapi harus diingat kebanyakan soalannya adalah lebih terarah pada tugas-tugas pegawai arkib.
  • Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Bahagian ini lebih berkisarkan kepada pengiraan dan perangkaan. Masalah yang diberikan hendaklah diselesaikan melalui beberapa kaedah seperti penyelesaian secara matematik, kaedah menginterpretasikan data dan juga soalan IQ test. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan peperiksaan ini ialah selama 45 minit.
  • Seksyen C Dan D
Soalan peperiksaan pada kedua-dua seksyen ini lebih berkisarkan kepada penulisan. Perlu diingat penilaian yang bukanlah berdasarkan kemahiran menulis semata-mata tetapi kepekaan calon peperiksaan Pegawai Arkib terhadap isu-isu semasa yang ada kaitan dengan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Pegawai Arkib.


Rujukan,panduan dan contoh soalan peperiksaan Pegawai Arkib S41 akan dibuka untuk tempoh terhad tau. Secara jujur dari hati saya katakan,  ianya akan membantu anda dalam peperiksaan pegawai arkib bertulis itu nanti. Saya sarankan anda membaca soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41 yang diberikan oleh Tim Info Kerja di web tersebut.

Saya rekondmendkan anda yang terlibat dengan Peperiksaan Pegawai Arkib S41 mendapatkan panduan menjawab soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41 dengan betul supaya anda lulus dengan cemerlang bahkan anda ditempatkan dalam jawatan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023