Nak Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 ?


Calon peperiksaan bertulis Penolong Pegawai Teknologi Maklumat untuk sesi 2014 bakal menghadapi format soalan yang sedikit berbeza di mana ada ujian tambahan dalam penilaian Personaliti. Ianya telah mula dimasukkan pada tahun 2013 yang lalu.



Secara kasarnya ianya adalah Ujian Sahsiah dan Minat yang biasa dijalankan dalam tapisan Gred 41 tetapi ini lebih ringkas dengan hanya 30 minit peruntukan masa untuk menyelesaikan 90++ soalan. Sebenarnya ini adalah PERANGKAP untuk menggagalkan calon. Calon ditekan dengan masa dan mengikut pengalaman yang lepas, konsistensi jawapan bakal membunuh calon.

Contohnya, pada soalan nombor 1 dan nombor 80 diberikan soalan yang sama cuma diubah struktur ayat. Kebiasaannya jika calon banyak berfikir untuk menjawab soalan ini, mereka akan kehabisan masa apabila sampai soalan ke 50 dan selepas itu calon akan ‘hentam’ atau ‘tembak’ sahaja jawapan! Bagaimana calon boleh memastikan yang jawapan yang diberi pada soalan 1 dan 80 tersebut sama?

Penilaian yang lain adalah melalui Pengetahuan Am pada Seksyen A. Ianya lebih kepada penilaian kepekaan calon terhadap perkembangan semasa dan juga pengetahuan calon pada jawatan yang dipohon. Untuk jawatan ini, soalan berkaitan Teknologi Maklumat berkemungkinan besar akan ditanya. Luangkan sedikit masa untuk buat rujukan berkaitan komputer dan yang seangkatan dengannya.

Pada Seksyen B pula, ianya adalah penilaian Daya Menyelesaikan Masalah yang merangkumi kemahiran Matematik dan Analitikal. Pada seksyen ini, persediaan yang paling ideal adalah melakukan latihan latih tubi Matematik untuk lebih mahir kerana kalkulator tidak dibenarkan penggunaannya semasa sesi penilaian.

Untuk persediaan, anda boleh menggunakan rujukan yang diterbitkan oleh Tim Infokerjaya. Ramai calon sudah mendapatkannya sebaik sahaja jualan dibuka.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENJAWAT AWAM

Bahagian A
Soalan : 50

Markah : 40 minit

Bahagian A biasanya lebih menjurus kepada pengetahuan am calon di mana ianya lebih berkait dengan soalan yang lebih terarah kepada pengetahuan global. Contoh soalan yang akan diberikan adalah seperti berikut :

Negara apakah yang menganjurkan Bola Sepak Piala Dunia 2014 pada kali ini?
A - England
B - Brazil
C - Sepanyol
D - Perancis

Bahagian B 
Soalan : 40
Markah : 45 minit

Bahagian B akan menguji calon dengan soalan-soalan yang menguji minda kreatif, logikal, matematikal, menginterpretasi dan lain-lain. Soalan pada bahagian ini melibatkan pengiraan dan cara seseorang calon itu berfikir.


Kebiasaannya soalan yang melibatkan pengiraan ini diberikan dalam bentuk jadual bertulis ataupun perkiraan mudah tetapi agak mengelirukan calon. Soalan berbentuk pengiraan merupakan soalan yang biasanya ditanya dalam peperiksaan terutama sekali bagi jawatan seperti ini.

Bahagian C
Bahagian ini lebih menjurus kepada soalan berbentuk penulisan pendapat calon sendiri tentang bagaimana calon berfikir. Kekreatifan calon diuji dari segi jawapan yang paling rasional berdasarkan situasi yang akan diberikan nanti.

Penguasaan bahasa Melayu juga menjadi penanda aras kepada calon untuk menjawat jawatan ini. Oleh itu, cara jawab dan penulisan yang baik haruslah ditepati sebagai mana yang dikehendaki oleh pihak SPA Malaysia.


Beri peluang untuk berjaya

Dari kecil kita belajar di sekolah tadika. Kemudian belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah. Ada sesetengah ibu bapa menghantar kita ke kelas tambahan atau tusyen.

Sampai tamat peperiksaan SPM, kita diberi peluang untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 atau di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA). Diploma 3 tahun, ijazah 2 tahun. Sarjana dan doktor falsafah 2 hingga 3 tahun setiap satu.

Jika diperhatikan tempoh belajar di sekolah sahaja 11 tahun. Jika sambung di IPTA, hampir 20 tahun diperuntukkan untuk belajar. Ini tidak termasuk tempoh tambahan untuk mencari dan berjaya dalam kerjaya.

Ibu bapa kita memberi sepenuh kepercayaan kepada anak-anak untuk berjaya dalam pendidikan. Maka kita harus memberi peluang kepada diri untuk berjaya.

Seperti anda menyemai pohon karas, 5 atau 7 tahun barulah dapat gaharunya. Lebih lama, lebih tinggi nilainya.

Masa pohon itu kecil, ia mudah patah, layu dan bantut. Fasa ini memerlukan lebih tumpuan untuk tumbesaran. Sampai masanya ia akan matang.

Bila akarnya teguh, cabangnya menjulang ke langit, masa itu pohon sudah bisa berdiri dengan sendiri. Anda boleh berteduh di bawahnya.

Sama seperti kerjaya, anda perlukan masa untuk berjaya. Mungkin perlukan seumur hidup anda.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023