Penting SEO Dalam Dunia Blogging

Post kali ini saya nak kongsi cerita, anda boleh baca kat bawah saja :

Assalamualaikum para affiliater yang hebat sekalian. sebelumnya saya bersyukur sangat2 kehadrat allah di atas kurniaNya ni yang merupakan percubaan pertama saya dalam JV affiliate InfoKerjaya ini.

Sehingga ke hari ini dan saat ini juga saya masih lagi tidak percaya yang artikel promosi saya, berbekalkan SATU blogpost sahaja, TANPA FOLLOW UP EMAIL, blog niche personal tetapi sudah menjana lebih RM4000 dan menjadi Top affilliater pulak buat masa sekarang.

Berbalik kepada perkongsian ilmu saya yang sedikit ini, diharap dapatlah diambil dan diamalkan oleh semua affiliater ya. 

CC : Sunshine Coast

 PLATFORM PROMOSI

Platform promosi yang paling saya galakkan ialah menggunakan blog ataupun website sendiri. Dengan menggunakan platform blog ini, kita boleh ulas dan 'basuh' mereka dengan sebaik-baiknya dengan teknik penulisan yang betul. 

TRAFIK
Perkara terpenting sekali ialah cara untuk kita menarik pembeli ataupun prospek kita untuk ke blog kita. caranya? SEO? ya, satu-satunya teknik tarik trafik ke blog saya menggunakan SEO.

SEO merupakan teknik yang paling berkesan dalam dunia internet marketing berbentuk promosi apatah lagi trafik yang datang ke blog kita tu adalah targetted buyer/prospek sebab mereka yang mencari keyword untuk mendapatkan panduan seumpama ini.

Untuk mengimpletasikan teknik SEO, ini memerlukan kemahiran yang agak tinggi seperti keperluan On page dan Off page SEO bersesuaian dengan kehendak google algorithma. (saya juga masih dalam proses pembelajaran daripada bacaan di google tentang SEO).

Trafik dijana dengan mudah lagi targetted buyer/prospek apabila artikel promosi kita berada di muka surat pertama dan TOP page muka surat pertama tersebut. Kemungkinan besar pembeli akan pergi ke blog promosi saya. 

Untuk promosi panduan ini, saya cuba mendominasi keyword yang sememangnya dicari pembeli seperti :
"contoh soalan peperiksaan f29"
"panduan soalan peperiksaan f29"
"rujukan soalan peperiksaan f29"
"download soalan peperiksaan f29"

p/s : cubalah google kalau nak tau siapa yang duduk di carta teratas google. 

Sehingga kini, post artikel saya sudah mencecah 7000pageviews, 981 klik ke website infoKerjaya dan sudah generate 67 sales setakat ini kalau tak silap dengan satu blogpost sahaja. 

stats flow of trafik to convert into sales:
google targetted trafik > post promosi (7k targetted buyer) > website infoKerjaya dari artikel promosi (981 klik) > (67) sales (komisen)!

ratio conversion = 67/981x100 = 6.829%! satu ratio yang cukup bagus bagi saya.

pp/s : kurang mahir dengan SEO, boleh cuba google Adword. saya rasa itu lebih berbaloi dari guna fb ads sebab set dalam minda, google trafik ini adalah targetted buyers.  kalau dah ada ilmu sikit, memang anda keluar modal 0 sen macam saya lah. 

TEKNIK PENULISAN
Setelah menjana targetted trafik, teknik penulisan pula yang menjadi key factor kepada pembeli untuk membeli. Di sini, kemahiran menulis juga amat diperlukan.

Saya gunakan teknik jangan memaksa! Gunakanlah istilah membantu mereka dan bukannya kita mahu menjual produk. berbeza "membantu" dengan "menjual". contoh : 
1) panduan ini sangat berguna untuk anda.
2) belilah produk ini untuk panduan anda nanti.

Mana satu yang anda akan lebih tertarik nak beli dengan IKHLAS? fikirkan.

Seeloknya kalau nak buat satu blogpost macam saya ni, lebih elok gunakan teknik penulisan yang saya kongsikan ini ye :
1. Pengenalan tentang exam. 
2. Kenapa ramai gagal (masalah yang sering dihadapi)
3. Perkenalkan jenis soalan yang bakal dihadapi.
4. BARULAH perkenalkan produk.
5. Kepentingan produk (bukti panduan InfoKerjaya ini berkualiti)
6. Ajar bagaimana nak dapatkan panduan tersebut, memudahkan pembeli.
7. Tekankan kegunaan panduan tersebut, bukti bernilainya panduan tersebut.

Teknik penulisan juga seharusnya tidak terlalu menekan pembeli untuk beli tetapi biarkan mereka, tinggalkan mereka dengan persoalan untuk membeli atau tidak selepas kita bagitau kepentingan produk tersebut kepada mereka.

Jadi secara ringkasnya, dua elemen penting dalam dunia promosi ini. Teknik SEO dan teknik penulisan. Jika dua faktor ini anda kuasai, insyaallah, ada lah rezeki untuk anda. Niat haruslah jujur ingin membantu mereka lulus peperiksaan, bukan ingin mendapat jualan semata-mata.

Nak tahu, beliau menjuarai top affiliate dengan komisyen melebihi 4k dengan JV Infokerjaya


Ini semua dari SEO blog sahaja.. Cayalah !!
Daripada,
Khairul Asrol,
Peminat tegar SEO.

Ni link blog beliau , Klik Sini.

Kalau anda nak blajar teknik SEO jangan lupa masuk dua website ni, saya recommendkan anda dapatkannya :

2. Klik : Panduan Asas SEO

Sekian sahaja. terima kasih semua. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023