Rahsia Cantik : Ketahui Minyak Argan Tiruan

Assalam & Salam Sejahtera,

Wanita tak dapat dipisahkan untuk menjadi cantik ? Memiliku kulit sepersis ratu adalah impian wanita kan.. cehh wahh !! Tapi tips kali ni saya nak story about minyak argan. Minyak ni payah nak jumpa kat negara kita, alamaknya kena pergi Morocco sendiri. Kenapa minyak ni sangat berharga dan mahal ya ?

cc : 32ndstreet.com

Disebabkan ia mahal, kita kena beli yang original kan ? Jangan beli yang dah bercampur dengan minyak lain atau yang tiruan. Nanti tak dapat hasil yang diinginkan ! Korang pernah beli ke minyak argan ?


BAGAIMANA MENGENAL PASTI MINYAK ARGAN TIRUAN ..

1. PERIKSA BAHAN KANDUNGAN
Sesetengah produk minyak argan bukanlah 100% asli. Ia dicampur dengan minyak berkualiti rendah (minyak bunga matahari, dll) dan mungkin mengandungi silicon atau bahan kimia lain. Minyak argan merupakan antara minyak termahal dan hanya minyak argan asli dapat memberi keberkesanan khasiat minyak argan yang efektif.

2. BOTOL YANG DIGUNAKAN
Pastikan botol yang digunakan bukan lutsinar atau diperbuat daripada plastik kerana kedua-duanya akan merosakkan minyak argan. Botol gelas yang gelap adalah satu-satunya cara untuk menyimpan minyak ini (botol kaca berwarna, terlindung dari pancaran UV matahari dan mesra alam).

3. HARGA
Mengekstrak minyak argan adalah sukar. Ia memerlukan masa yang lama dengan tenaga buruh yang banyak, tentunya melibatkan kos yang tinggi. Jadi, tiada istilah ‘minyak argan murah’. Jangan bazirkan wang membeli minyak argan yang bukan asli. Jika harga yang didapati adalah 60% lebih murah berbanding jenama lain, kemungkinan besar ianya bukan minyak argan asli.

4. BAU
Minyak argan asli berbau seperti ‘kacang, mentah dan organik’ atau seakan ‘bertih jagung’. Berwaspada dengan minyak argan yang berbau wangi, berbau seperti bunga, hapak atau tidak berbau.

5. KONSISTENSI PRODUK
Minyak argan menyerap dengan cepat dan sekata. Minyak tiruan pula tidak kerana ia melalui pelbagai proses kimia. Minyak argan asli kadangkala mempunyai enapan di bawah (apabila ianya tidak digunakan, dan pada musim sejuk ia akan bertukar menjadi separa pejal). Minyak argan ketika ini akan kelihatan keruh, menunjukkan ianya minyak argan dara yang tidak melalui sebarang proses pemanasan atau tapisan, yang mana semua khasiat minyak argan akan kekal dan terpelihara.

6. WARNA
Warna minyak argan adalah kuning keemasan apabila dilihat melalui botol kaca lutsinar.

7. BELI DARIPADA PENJUAL YANG DIPERCAYAI 
Jangan beli dari vendor yang menjual rempah ratus, air haruman, herba dan sebagainya. Penjual seharusnya jujur mengenai sumber minyak argan yang diperolehi. Ketahui sama ada minyak tersebut diekstrak melalui ‘cold-process’, dibakar, dinyah-bau, menggunakan tangan ataupun menggunakan mesin. Penjual sepatutnya boleh menunjukkan bukti analisa kandungan bahan, sijil pengesahan dan ujikaji makmal.

8. BELI DARI JENAMA YANG DIPERCAYAI
Jangan beli melalui ebay, Sulit atau Amazon. Jualan minyak argan dengan harga istimewa mungkin boleh didapati, namun risiko ianya tiruan adalah tinggi kerana produk tiada jenama dengan mudah akan mencampur aduk minyak argan atau menggunakan minyak argan bukan asli.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023