Tips Mencari Niches Hot Untuk Tajuk Ebook

Kita tahu ebook adalah teknik paling mudah untuk jana pendapatan yang banyak di internet, namun kita seperti kehilangan arah bagaimana hendak bermula. Sebenarnya, anda tidak perlu memikirkan sesuatu yang terlalu bernas untuk jana pendapatan melalui ebook.
Apa yang anda perlu fikirkan adalah bagaimana hendak mencari pembeli yang dahagakan maklumat yang anda jual itu. Di dalam ebook ringkas ini, saya senaraikan lima niche yang hot iaitu niche yang mempunyai bilangan pembeli yang banyak dan akan sentiasa laris.


Niche pertama : Buat duit online.
Ia pelik bukan. Anda jana pendapatan dengan menjual teknik bagaimana henda jana pendapatan di Internet. Tetapi, anda mahu jana pendapatan bukan ? jadi, tiada salahnya untuk anda jual produk buat duit di internet.
Untuk menjadikan ebook anda laris, anda perlu meletakkan beberapa syarat pada ebook anda sebelum anda mula menjual ebook anda. Syarat ebook tersebut adalah :

  1. Teknik anda adalah logik.
  2. Anda mahir dengan teknik tersebut.
  3. Anda mampu membantu pembaca ebook anda untuk memperoleh keputusan yang baik
  4. Teknik adalah hasil dari percubaan anda sendiri
  5. Sudah terbukti, semua orang boleh jana pendapatan melalui teknik anda itu.
Jika kena pada caranya, anda boleh jana wang yang banyak menerusi niche ini. Namun, jika anda tersilap langkah, ia mampu memberi tamparan yang besar kepada anda.
Niche kedua : Fitness dan weight loss.
Manusia adalah makhluk yang suka akan kecantikan. Tiada cara yang lebih baik dari senaman untuk menjadikan diri mereka lebih cantik. Niche ini adalah bernilai berbillion dollar setahun dan amatlah rugi jika anda tidak turut serta untuk memeriahkannya.
Niche ini amat mudah untuk di tembusi, anda hanya perlu cari kajian terbaru atau unik dan anda sudah boleh mulakan aktiviti jualan anda. Anda tidak perlukan testimoni yang hebat untuk anda jual ebook di dalam niche ini. Anda hanya perlu ada maklumat yang di dahagakan oleh orang ramai. Jual maklumat yang betul pada orang yang betul.
Niche ketiga : Hubungan sesama manusia.
Hubungan sesama manusia seperti kawan, keluarga dan cinta memang mempunyai permintaan yang banyak di dalam industri maklumat. Ini kerana manusia memang dahagakan perhubungan. Mereka mahu memiliki teman istemewa,kawan yang ramai serta keluarga yang bahagia.
Seorang lelaki mahu memiliki teman wanita, seorang ibu mahu suaminya setia, seorang perempuan mahu menawan lelaki idaman, seorang yang kesunyian dan pemalu mahukan kawan yang banyak. Potensi jualan adalah tidak terhad. Terdapat banyak tajuk dan kaedah yang boleh anda ceburi. Bayangkan semua manusia mahukan kebahagian dan anda ada maklumat tersebut.
Niche Keempat : Semulajadi
Dunia semakin tercemar, itulah pendapat setiap penduduk di bumi ini. Mereka sayangkan bumi ini dan mahu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan dunia ini dari tercemar lagi. Lalu, menggunakan produk semulajadi adalah terbaik. Manusia lebih percaya pada semulajadi dari perkara-perkara yang lain.
Masukkan elemen semulajadi di dalam ebook anda, ia akan meningkatkan jualan ebook anda. Semulajadi merangkumi penggunaan herba, kaedah tradisional untuk menghasilkan sesuatu, teknik untuk mengurangkan pencemaran dan lain-lain.
Niche Kelima : Hobi
Niche hobi adalah niche yang sangat mahal. Manusia suka meluangkan masa melakukan sesuatu yang baru atau sesuatu yang mereka suka. Anda boleh wujudkan hobi baru atau jual panduan mengenai hobi sedia ada. Hobi berubah mengikut trends.
Bagi mereka yang suka bermain permainan video, permainan video mereka berubah mengikut trends. Jadi, pendapatan anda adalah tidak terhad. Ini kerana trends sentiasa berubah. Anda boleh kaji hobi apa yang sedang hangat di sekeliling anda dan ambil kesempatan darinya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023