Apa Itu Nama Domain (NetKL)

Salam,

Nama Domain tu apa?

Nama Domain ialah nama atau alamat sesebuah laman web/blog. Ok, faham, Mari baca kat bawah nie.

Saya lebih suka menggunakan nama domain sendiri dengan kata lain URL ( Universal Resources Locator)  (betul tak eja nie ?) yang pendek. Kalau perkataan yang panjang sukar nak ingat. Kalau ada nama domain sendiri mudah la pengunjung nak ingat kan. Contoh macam kat bawah nie :
  • www.shafiqraduan.com - Lebih ringkas dan cun gituu.. hehe 
  • www.shafiqraduan.blogspot.com @ www.shafiqraduan.wordpress.com - Aduii, 'sesak nafas' nak baca panjang kan dan berserabut.
Jadi, untuk mendapatkan nama domain kena labur sikit je. Tak mahal mana pun dalam RM35 untuk setahun. Bayaran berulang-ulang selagi kita nak pakai nama domain tu tau. Saya pakai servis dari NetKL jew. Selain berpatutan, servis ok selama saya duk guna nie. 

Tak dak apa-apa masalah lagi. Jadi, blogger yang tak dak nama domain tu cepat-cepat daftar la sebab kalau nama domain anda dah ada orang beli, alamak menangis tak berlagu dibuatnya. Satu nama domain untuk seorang sahaja, tak boleh sama. Kalau dah ada orang pakai nama domain tu, anda perlu daftar nama lain :)

Ini antara senarai harga domain yang ditawarkan oleh NetKL. Awak pilih je nak yang mana satu. Tapi, biasa orang ramai pilih .com (RM35)


Jadi apa kelebihannya domain berbayar ini?

1)  Kita mempunyai hak penuh ke atas web/blog kita. Tapi senang cakap barang orang bagi free.  Bila-bila masa dia nak,  dia boleh ambil balik.

2)  Nama domain lebih mudah diingati kerana domain berbayar lebih pendek. Bila domain itu mudah diingati makin mudah dan meningkatkan peluang untuk orang datang berkunjung lagi.

Contohnya:-

Domain berbayar :  www.shafiqraduan.com
Domain percuma :  www.shafiqraduan.blogspot.com 

3)  Domain berbayar lebih dipercayai dan lebih selamat.  Kerana domain berbayar memerlukan maklumat yang lebih teliti manakala yang percuma ini boleh dibuat banyak mana yang dimahukan.

4)  Blog yang menggunakan domain berbayar juga menyebabkan blog lagi mesra SEO( Search Engine Optimization).  SEO itu enjin carian di blog.

Ok, jangan lupa daftar nama domain anda hari ini. Perlu diingatkan bahawa nama domain tak sama dengan hosting. Nama domain seumpama alamat kedai dan hosting diibaratkan sebagai tapak kedai. Hosting nanti saya cerita semula ya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023