Rahsia Buat Duit Dengan Blog

Sejak kebelakangan ini ramai yang emel saya untuk tahu cara buat duit dengan blog. Baiklah, saya kongsikan disini.
Terdapat berbagai cara untuk menjana pendapatan melalui blog, antaranya :
Menjual ruang pengiklanan.
Ada bermacam-macam jenis ruang pengiklanan yang anda boleh jual, antaranya banner, iklan teks atau pop-ups.  Pendapatan anda bergantung kepada sejauh mana bilangan pelawat yang datang ke laman web anda. Ada di kalangan blogger yang blog mereka menjangkau pelawat lebih 5 angka sehari berjaya  mendapat pendapatan lebih 5 angka sebulan dengan hanya menjual ruang pengiklanan.


Untuk blog yang memiliki topik kritikal seperti kewangan, ada pihak sanggup membeli ruang iklan pada harga 100,000 USD sebulan untuk meletakkan iklan mereka.  Jadi, jika anda anggap blog adalah perkara yang membazir, baik anda fikirkan ia semula keran ia memang mampu beri keuntungan yang lumayan kepada anda.
Melakukan post berbayar.
Perkara kedua yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan melalui blog adalah menyediakan perkhidmatan melakukan post berbayar. Untuk perkhidmatan ini, anda boleh bermula pada bila-bila masa sahaja. Ia juga bergantung kepada bilangan pelawat yang anda ada. Untuk permulaan, mungkin anda hanya menerima bayaran satu angka sahaja.
Namun, jika blog anda sudah estasblish dan terkenal, sudah tentuk 5 angka untuk setiap post adalah tidak mustahil. Untuk pengetahuan anda, ebook ini akan memberitahu 25 laman web untuk anda jana pendapatan melalui perkhidmatan post berbayar ini. Saya harap anda akan mendapat manfaat darinya nanti.
Lakukan promosi untuk produk affiliate ataupun produk sendiri.
Anda juga boleh melakukan promosi untuk produk sendiri atau produk affiliate. Namun, keuntungan tetap bergantung kepada berapa ramai pelawat blog anda. Semakin ramai orang yang melawat blog anda, semakin tinggi peluang untuk produk anda di beli oleh ramai orang.
Bina dan jual blog.
Blog juga boleh di ibaratkan sebagai tanah di alam nyata. Katakan anda membeli tanah yang kosong, kemudian anda bangunkan tanah tersebut sehingga tanah tersebut subur dengan tanaman atau di penuhi pembangunan lain seperti rumah atau bangunan dan ketika ini, anda jual tanah anda. Sudah tentu harga tanah anda akan melambung tinggi.
Anda lakukan perkara yang sama untuk blog anda. Anda bina blog anda dan apabila blog anda mula terkenal, anda jual sahaja blog tersebut untuk membina pendapatan segera. Jika blog yang anda bina menjana pendapatan RM 100 untuk satu bulan, anda boleh jual sehingga RM 600 untuk blog tersebut.
Walau apa sahaja yang anda lakukan untuk menjana pendapatan melalui blog, blog tetap adalah antara perniagaan yang paling kukuh di dalam internet. Memiliki blog bermakna anda mempunyai sebidang tanah di alam nyata dan tanah tidak akan menghampakan anda.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023