Postur Tidur Yang Betul?

TAHUKAH ANDA POSTUR BADAN YANG SALAH SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI ADALAH PENYEBAB UTAMA SAKIT BELAKANG? JOM KITA CHECK ADAKAH POSTUR BADAN KITA BETUL ATAU SALAH!

CARA MENGANGKAT BARANG

• Cara Betul
>Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh anda. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.
>Dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda sukar untuk mengangkat berseorangan.

• Cara Salah
>Elakkan membongkok atau memusing pinggang anda semasa mengangkat beban yang berat.
>Elakkan mengangkat beban terlalu jauh dari badan.
>Jangan mengangkat beban melebihi paras bahu. Keadaan ini menyebabkan ketegangan yang melampau kepada tulang belakang anda.
>Elakkan dari mengangkat secara pergerakan mengejut.

CARA DUDUK


• Cara Betul
>Rapatkan punggung dan sandarkan belakang anda pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
>Pastikan ketinggian tempat duduk anda sesuai dan kedudukan paha anda selari dengan lantai.
>Campurkan aktiviti anda dengan senaman/regangan/berjalan.

• Cara Salah
>Elakkan duduk terlalu jauh dengan meja kerja anda dan elakkan duduk di atas kerusi yang terlalu tinggi.
>Elakkan membongkok ketika duduk.
>Pastikan anda tidak menggelongsor ketika duduk.

CARA MEMANDU

• Cara Betul
>Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut anda selaras dengan pinggang.
>Sokong bahagian bawah belakang anda menggunakan tuala yang digulung atau penyokong lumbar jika perlu.

• Cara Salah
>Elakkan memandu terlalu lama tanpa berehat.
>Menekan pedal dan memegang stereng terlalu jauh akan menyebabkan ketegangan otot.

CARA TIDUR

• Cara Betul
>Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
>Apabila anda tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya lutut bersentuhan atau apabila anda tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut anda.

• Cara Salah
>Elakkan tidur meniarap kerana ia akan menyebabkan sakit belakang.
>Elakkan tidur di atas sofa di ruang tamu untuk jangka masa yang panjang.

BERDIRI DAN BERJALAN

• Cara Betul
>Tukarlah posisi berdiri anda dengan kerap jika anda perlu berdiri lama.
>Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan anda.
>Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit yang rendah dan selesa.

• Cara Salah
>Jangan berdiri terlalu lama dalam hanya satu posisi. Elakkan membongkok dengan kaki lurus.

>Elakkan memakai kasut tumit tinggi apabila berjalan atau berdiri untuk jangka masa yang lama.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila komen. Sepatah pun ok. Tolong jaga etika komen anda. Komen yang sensitive akan dipadam tanpa NOTIS ^_^

Iklan Tajaan





Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | Tajaan Fiqmall.my