Latihan Industri, Membina Keyakinan Diri Pelajar

Assalam,

Petang ni agak mengantuk untuk saya updated artikel. Ramai rakan Facebook saya mengemaskini akaun status mereka dengan program latihan industri. Latihan Industri atau Internship sering kali dipertutur dalam kalangan mahasiswa tahun akhir pengajian biasanya. Juga lebih dikenali 'praktikal' la bahasa biasa dilakukan dalam masa 3 bulan kan. Tahun 1 jangan memandai buat latihan industri okeyy. Adik-adik fokus belajar dulu..hehe :)


Bukan sahaja pelajar Ijazah wajib mengikuti, malah pelajar vokasional juga perlu menjalani latihan industri. Bukan apa kan, lebih mantap kemahiran korang la kan disamping belajar teori dalam kuliah/kelas. Petikan akhbar Utusan Online mewajibkan pelajar vokasional sertai latihan industri.

"Pelajar aliran vokasional akan diwajibkan mengikuti program latihan bekerja atau praktikal di syarikat-syarikat atau industri sebagai salah satu subjek wajib apabila penstrukturan semula sekolah vokasional dilaksanakan tidak lama lagi."


Artikel Penuh:  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Antara laman-laman web kerajaan untuk rujukan Latihan Industri seperti berikut, tapi tak tau la ada kekosongan ke tak. Korang kena check dengan pegawai berkenaan la yer sebelum hantar resume.

1. Jabatan Imigresen Malaysia, Rujuk Sini.
2. Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Rujuk Sini.
3. Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Rujuk Sini.
4. Institut Kraf Negara, Rujuk Sini.
5. Syarikat Minyak Petronas. Rujuk Sini.
6. Jabatan Perdana Menteri. Rujuk Sini atau laman web, Klik Sini.
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA). Rujuk Web
8. Jabatan Meteorology Malaysia. Klik Sini, Permohonan atas talian boleh Rujuk Sini

Laman web diatas sekadar contoh sahaja. Tak kisah anda nak mohon kat mana bersesuaian dengan bidang dan minat.Prosedur Permohonan biasanya tidaklah rumit mana pun. Pelajar wajib mempunyai items seperti dibawah..Sesetengah pejabat perlu mengemukakan permohonan yang lengkap secara pos atau melalui emel sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum latihan industri bermula bagi tujuan rekod dan semakan, dokumen yang diperlukan seperti berikut :-
  • Surat permohonan daripada Institusi Pengajian Tinggi/Politeknik/Kolej;
  • Resume terkini beserta gambar passport; dan seumpamanya
  • Course outline.
Itulah sedikit sebanyak yang saya boleh bantu. Ada kekosongan terus minta ya. Jangan bertangguh takut ramai yang mohon nanti tak dapat..Menangis kan pulakk..hehe :)

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Copyright© All Rights Reserved. Inspired by Shafiq Raduan | 2013-2023